Sunday, June 14, 2009

14 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH IBUBAPA

Salam.

Saya membaca beberapa buah buku dan saya menyimpulkan sebagai ibubapa kita juga kerap melakukan kesilapan di dalam mendidik anak2 kita. Memanglah kita tidak sedar. Ini adalah kerana kita tiada tempat untuk memeriksa tindakan sendiri. Saya kongsikan kesilapan biasa ini dengan anda semua supaya boleh dijadikan renungan.

1.Tunjukkan kepada anak2 perkara lain lebih penting.

Bila anak bercakap dengan anda, anda menonton tv atau menjawab tel.

2.Tidak menepati janji dengan anak2.

Beribu2 janji anda tidak anda tepati.

3.Tunjukkan kepada anak2 bahawa undang2 boleh dikompromi.

Melanggar lampu merah ketika kereta lain tiada. Tidak memakai topi keledar sewaktu menjemput anak ke sekolah.

4. Merokok di hadapan anak2.

Sedangkan anda sendiri tahu bahawa bila anak anda membesar kelak anda akan melarang mereka merokok.

5.Bercakap hal2 yang tidak sepatutnya depan anak2.

Mengumpat orang contohnya. Menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya.

6.Bercakap perkara yang kurang penting berkali2, menyebabkan anak2 merasakan itu adalah penting.

Anda terlalu mempromosi contohnya kehidupan artis atau orang lain yang tidak relevan kepada anak2. Anda jarang pula bercakap mengenai agama contohnya.

7.Kurang bercakap perkara mengenai nilai.

Jarang bercerita mengenai pendapat, pendirian dan perkara yang boleh anak jadikan contoh kehidupan.

8.Menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya dihadapan anak2.

Menggunakan perkataan2 yang kurang sesuai. Contohnya memaki orang.

9.Kurang mengajar anak mengenai hak mereka

Tidak mengajar anak untuk melindungi diri dan hak mereka. Beritahu mereka bahawa tubuh badan mereka adalah hak mereka. Dan jika ada sesiapa yang cuba menceroboh mereka perlu melawan dan mengadu.

10.Tidak mengajar anak berkata ‘tidak’.

Mengajar anak berkata tidak untuk perkara yang mereka tahu salah. Merokok atau mencuba dadah contohnya.

11.Jarang memberitahu anak2 yang mereka disayangi, diperlukan dan membawa kebahagiaan di dalam kehidupan ibubapa.

Kita selalu bercerita tentang kesusahan membesarkan anak2 tapi kurang memberitahu anak2 menjadikan hidup kita sangat bahagia dan lengkap.

12.Bercakap dengan anak2 apabila anak buat salah sahaja.

Kita jarang memuji anak bila anak melakukan perbuatan yang salah. Tapi selalu menegur atau memarahi apabila mereka melakukan kesilapan. Anak2 tidak tahu apa yang betul mereka cuma tahu perkara yang salah sahaja.

13.Tidak memperuntukan masa untuk anak2.

Terlalu sibuk mengejar masa sehingga lupa berbual mesra dengan anak2. Anak2 mencari orang lain untuk berbual.

Kita semua melakukan kesilapan ini. Mari kita berubah ke arah kehidupan berkeluarga yang lebih baik dan berkualiti.



Rgds,

Liz

Saturday, June 13, 2009

HUJUNG MINGGU

Salam.

1. Hari ini kita sudah berada pada hari yang 13 bulan jun. Terasa macam baru semalam kita sibuk menyambut tahun baru. Sudah hampir setengah tahun kita berada di tahun 2009.

2. Melihat kembali aktiviti saya pada tahun ini, saya merasakan masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk melengkapkan tahun 2009 saya.

3. Masih banyak perkara dan aktiviti yang mahu saya lakukan dengan keluarga belum sempat dibuat. Bukanlah kerana kekurangan masa tetapi perancangan yang kurang menyeluruh.

4. Kadangkala banyak aktiviti baru yang datang menyebabkan saya terpaksa membatalkan perancangan yang telah dipersetujui bersama keluarga. Itulah kehidupan.

5. Banyak perkara yang menjadi keutamaan. Mencari nafkah adalah salah satu daripadanya.

6. Di dalam sibuk mengejar nafkah, banyak lagi perkara yang timbul.

7. Keluarga di kampung apa khabar? Rakan baik pula bagaimana? Anak2 ok ke? Adakah mereka memahami tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka? Atau mereka sedang sibuk memerhati kehidupan kita? Ntahlah, harapnya semuanya berjalan lancar di dalam kehidupan mereka nanti.

8. Hari ini hujung minggu datang lagi. Saya berazam mahu meluangkan masa yang maksimum dengan keluarga.

9. Doa saya agar hujung minggu ini berjalan lancar dan kami gembira sebagai satu keluarga.

Rgds,
Liz.

Monday, June 1, 2009

Jenayah Yang Menakutkan

Salam to all,

1. Saya banyak membaca kejadian jenayah yang menjadi2 di negara kita.

2. Saya tertanya2, apakah yang boleh kita semua lakukan untuk membendung kejadian ini?

3. Jika saya sekeluarga diarah oleh pihak berkuasa untuk membayar sebanyak RM 500 sebulan bagi mencegah jenayah, saya akan usahakan.

4. Memanglah RM 500 itu agak banyak, tapi saya yakin saya tidak akan dapat berhadapan dengan kehilangan orang tersayang kerana kejadian jenayah.

5. Ya! Saya tahu, RM 500 bukan penyelesaiannya. Ia lebih daripada itu. Unit individu, keluarga, masyarakat, komuniti dan negara perlu berfungsi.

6. Berfungsi dengan aktif dan serius. Fungsi yang lumpuh inilah menyebabkan kejadian jenayah dan gejala sosial menjadi semakin parah.

7. Marilah kita sama2 memaksimumkan fungsi kita sebagai individu, ibu/bapa, jiran, saudara dan keluarga.

8. Semoga kita dilindungi.

Rgds,
Liz