Tuesday, February 24, 2009

Komunikasi Asertif

1. Pernahkah anda mengalami masalah menyatakan 'tidak' kepada jurujual ataupun menyatakan tidak kepada perkara2 lain di dalam hidup anda? Jika anda mempunyai masalah ini, anda sebenarnya perlu belajar mengenai Komunikasi Asertif.
Baru2 ini saya telah mengendalikan Bengkel Komunikasi Asertif di sebuah pusat pengajian awam, saya mendapati agak ramai pelajar mempunyai kesukaran menyatakan tidak.
2. Besar kemungkinan pada hemah saya, ini adalah salah satu punca mengapa perkara buruk sering berlaku di dalam kehidupan. Sebagai contoh, kebanyakkan rakyat Malaysia sudah mengetahui mengenai penipuan yang dilakukan oleh peraduan gores dan menang. Walau bagaimanapun masih ramai lagi yang tertipu. Mengapa? Ini adalah kerana tidak mempunyai kemahiran untuk menolak permintaan tersebut.
3. Jika dikaitkan dengan pelajar pula, kemahiran ini penting untuk menjalani hidup yang dirancangkan. Kadang kala rakan mengajak keluar sewaktu anda ingin menyiapkan tugasan penting. Boleh juga berlaku anda ingin ke kelas tetapi rakan meminta anda membuat perkara lain.
4. Lebih buruk lagi teman istimewa anda mengajak anda memulakan sesuatu perbuatan yang anda tahu salah. Tetapi anda melakukannya juga kerana anda takut untuk berkata tidak.
5. Di dalam sesetangah keadaan, berkata tidak adalah sesuatu yang mudah jika anda tahu caranya. Menyatakan tidak di dalam hal ini adalah lebih kepada melahirkan perasaan anda tanpa menyingung hati sesiapa.
6. Sebagai contoh, 'maaf, saya perlu menyiapkan tugasan ini. kita keluar esok ok tak'. 'encik, saya kurang minat untuk menyertai peraduan ini' dan terus berlalu.
7. Ramai orang mengalami tekanan perasaan dan rasa kurang puas hati kerana tidak ada kekuatan dan kemahiran untuk menyatakan tidak. Jangan biarkan diri anda mengalami masalah ini. Belajarlah komunikasi ini.

No comments: