Salam kepada semua.
1. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Noraini Mohd Ghazali, yang meninggal dunia semalam akibat daripada rawatan menyedut lemak.
2. Mungkin ramai yang tertanya2 mengapa agaknya beliau membuat rawatan sedemikian. Saya percaya ada juga secara sinisnya akan menyatakan, 'takkanlah nak kurus dan cantik hingga sanggup mengambil risiko sedemikian'.
3. Saya mungkin tidak mengenali arwah tetapi saya mungkin faham apa yang dilaluinya. Cuba anda lihat di sekeliling anda. Anda akan dijamukan dengan pandangan, gambar dan pendapat bahawa perempuan kurus adalah cantik dan sesiapa yang mempunyai lebihan lemah adalah kurang cantik. Mungkin bukan semua orang setuju tetapi begitulah adanya pada kebanyakkan orang.
4. Saya berusia 36 thn dengan tinggi lebih kurang 5'3" berat badan saya ialah 64 kg. Saya mungkin nampak ok kerana ketinggian saya tetapi sebenarnya saya tahu ini bukanlah berat badan yang sepatutnya saya bawa.
5. Saya patut lebih kurus lagi. Kadangkala saya juga terfikir untuk membuat sedutan lemak, tambahan lagi apabila melihat iklan mengenai pusat kecantikan. Gambar wanita yang diletakkan di iklan itu sangat kurus dan tiada langsung lebihan lemak. Di susuli pula dengan pakaiannya yang menampakkan betapa kempis perutnya.
6. Sebagai wanita saya merasakan alangkah bagusnya jika saya begitu. Dan terfikir apa yang boleh saya buat untuk menjadi begitu? Diet? Senaman? Makan pil? Sedut lemak?
7. Tentulah diet dan senaman bukan pilihan kebanyakkan orang. Makan pil dan sedut lemak lebih mudah. Dan ditanya mengenai risikonya, sebagai orang yang diluar bidang perubatan sudah tentulah kita tidak mengetahui tentang risiko. Pengiklanan selalunya menyatakan apa yang mereka tawarkan tiada risiko langsung.
8. Persoalannya jika ada risiko mengapa mereka masih beroperasi dan terus2 mengiklan produk mereka?
9. Saya yakin arwah bukan seorang sahaja mangsa. Ada ramai wanita lagi. Apakah yang boleh kita lakukan untuk memberhentikan perkara ini?
10. Masyarakat perlu membantu dari aspek tertentu dan sudah tentulah diri sendiri juga perlu berbuat sesuatu. Kemungkinan jika anda mempunyai masalah berat badan, anda perlu mencari kelompok sokongan. Mumbuat senaman berseorangan bukanlah seronok. Jika ada kawan yang mempunyai matlamat yang sama adalah lebih baik. Dalam masa yang sama kelompok sokongan boleh mengajar kita tentang pemakanan.
11. Dalam masa yang sama anda perlu mengakui badan anda adalah hak anda. Anda 'berisi' kerana anda makan dan kurang senaman. Selepas menerima tanggungjawab barulah anda tahu apa yang anda perlu lakukan.
12. Ada banyak laman web yang mengajar kita apakah cara pemakanan yang terbaik. Walau bagaimanapun suka saya ingatkan ini adalah satu proses. Bukan hari ni senaman, esok boleh jadi kurus. Ia perlukan masa.
13. Mungkin dalam 2 minggu ini anda boleh kurang pemakanan yang menggemukkan dan melakukan senanman ringan. Contohnya berjalan2 keliling kawasan rumah. Sambil tu menyapa jiran2 yang ada. 2 minggu dari sekarang anda mungkin kehilangan 0.5 atau 1 kg.
14. Oklah tu untuk permulaan. Anda bertanggungjawab terhadap diri anda. Wanita di iklan itu jadikan motivasi anda.
15. Untuk kurus anda perlu berusaha dan bertindak. Tiada yang mudah. Perkara yang mudah mesti ada risikonya.
16. Anda boleh membuat perubahan.
17. Kepada keluarga arwah, harapnya sentiasa dapat lindungan Allah. Saya kehilangan ibu pada usia 6 tahun. Bukan sesuatu yang mudah. Selepas 30 tahun masih tertanya2 mengapa ia berlaku kepada saya.
18. Saya berharap suami arwah dapat menemani anak2nya dalam perjalanan menuju ke arah pembesaran. Perjalanan itu bukan mudah tetapi boleh dilakukan. Anak2nya tentu sedang keliru seperti saya dahulu. Dan merasakan kematian adalah sementara dan ibu mereka akan 'hidup' semula beberapa hari nanti. Itulah cara kanak2 melihat kematian. Semoga Allah menanamkan kekuatan untuk 3 orang anak arwah.
19. Untuk anda di luar sana, apa jua masalah mesti ada penyelesaiannya. Katakan 'tidak' kepada rawatan segera.
Rgs,
Liz
1 comment:
Tiada jalan pintas untuk tampil cantik, seksi dan menawan. Walau apa pun marilah kita semua ambil peristiwa ini sebagai iktibar dan ucapan takziah kepada keluarganya.
AL FATIHAH...
Belajarlah cara terbaik untuk tampil sihat, cantik, seksi dan menawan bersama saya (Ross Safina Hor) dari Syarikat Nuorico:
www.rosssafinahor.blogspot.com
Post a Comment