Wednesday, March 31, 2010

MALAM

Salam to all.

1. Anak2 semuanya tidur. Tengok sorang2 kesian pulak rasanya.
2. Mula memikirkan apa aktiviti yang telah dibuat dengan anak2 siang tadi. Berjumpa sekejap aje rasanya.
3. Pagi hantar ke sekolah (5 min).
4. Tengahari jemput balik (5 min).
5. Sampai rumah mereka berehat. Makan. Dan seterusnya membuat kerja2 sendiri.
6. Malampun sampai.
7. Tak lama masa yang diluangkan untuk anak2.
8. Untuk pengetahuan anda, saya bekerja dari rumah. Konsep yang saya fikirkan sewaktu saya berhenti kerja dahulu. Saya merancang untuk bekerja selama 10 hari, melakukan aktiviti 'charity' 10 hari dan bersama keluarga 10 hari.
9. Jadi kebanyakkan waktu jika saya tidak bekerja, saya tinggal di rumah. Nampak pada zahirnya tentulah saya mempunyai banyak masa dengan anak2. Sebenarnya tidak juga.
10. Untuk komited dengan mereka memerlukan perancangan yang strategik. Perancangan bertulis. Komitmen yang tidak berbelah bagi. Kesabaran yang tinggi.
11. Jika tak bekerja langsungpun tapi tidak komited bersama anak, memanglah tiada masa. Bersama anak membawa maksud betul2 meluangkan masa berhadapan dengan mereka. Berbual, bertanya khabar, bercerita, bersentuhan dan sebagainya tanpa membuat perkara lain.
11. Jadi sayapun merancanglah aktiviti untuk esok dengan harapan segalanya berjalan lancar.

Pagi ini saya akan menghadiri satu perbincangan di luar rumah (berkaitan kerja).
Jadi perlu keluar awal selepas menghantar mereka ke sekolah.

6.00 pg - Bangun
6.30 pg - B/fast with kids
7.00 pg - Hantar anak ke sekolah. Beritahu mereka yang saya amat sayangkan mereka. Kebiasaannya saya dan suami menghantar mereka ke sekolah bersama.
7.30 pg - Discussion until 10.30 pg (Start at 9.00 am)
11.00 pg - Sampai rumah. Of course luangkan masa dengan anak yang masih ada di rumah.
1.05 tgh - Jemput anak. Tanya khabar di sekolah.
1.30 tgh - Makan bersama mereka sambil berseronok.
2.00 ptg - Suruh mereka solat dan sendiri juga bersolat.
2.30 - 5.30 ptg - Kids buat h/work dan saya akan membaca buku.
5.30 - 7.30 ptg - Asar & Maghrib.
7.30 ptg - Dinner with family. Happy dinner.
8.30 mlm - TV and rest.
10.00 mlm - Semua orang tidur.....

Itulah rutin yang saya bayangkan pagi ini. Semoga saya berjaya. Sedar tak sedar kita telah berada di suku ke2 tahun ini. 3 bulan telah berlalu. Tinggal lagi sembilan bulan sahaja di tahun 2010.

Semoga tahun 2010 membawa rezeki yang melimpah ruah, semoga kehidupan mendapat keberkatan Allah, jika umur berakhir pada tahun ini , harapnya Allah ampunkan dosa yang telah berlaku.

Saya masih bersemangat untuk meneruskan perancangan pagi ini.

Rgds
Liz

No comments: