Thursday, May 6, 2010

Selamat Menyambut Hari Ibu

Salam to all.

1. Hari Ibu datang lagi.

2. Apalah yang anda rancangkan untuk ibu anda? Apakah hadiah yang sesuai?

3. Jika anda memikirkan jumlah wang tunai yang sesuai untuk membalas jasa ibu anda, marilah kita lakukan sedikit pengiraan dari segi wang ringgit.

4. Pampers? Berapa tahun anda pakai? Katalah anda memakai pampers selama 16 bulan. Jika sebulan anda memakai sebanyak RM 60 X 16 = RM 960.00. Alah! Bisa dibayarkan. Apa sangatlah RM 960 ni ya tak?

5. Susu? Mungkin anda menyusu selama 4 tahun. Memang nampak sekejap aje 4 tahun ni. Kalau sebulan RM 60 jugak macam pampers, maknanya RM 60 X 12 bulan X 4 tahun = RM 2 880.00. Oklah boleh bayar lagi.

6. Upah jaga dari lahir hingga 18 tahun. Pembantu rumah saya sekarang dibayar RM 600 sebulan, ikut kontraknya. Katalah upah jaga kita lebih kurang sama aje. RM 600 X 12 bulan X 18 tahun =                  RM 129 600.00. Wow! banyak pulak ya. Rupa2nya mak kita dah boleh pergi haji tiap2 tahun dengan duit upah jaga kita aje. Oklah nampak macam banyak jugak, tapi masih boleh bayar lagi. Ansur2. Sikit2 kita bayar, lama2 habis jugakkan!

7. Perubatan? Katalah kita sakit setahun 2 kali. Sekali rawatan kena bayar RM 40. Andaikan selepas 18 tahun anda menaggung sendiri perubatan anda. Maka RM 40 X 2 kali X 18 tahun = RM 1 440.00. Kacang aje nak bayarkan. Sikit aje tu.

8. Kalau nak kira macam2 lagi boleh kira. Masih boleh lagi dibayar dengan wang ringgit. Namun ada sesuatu yang tak dapat dibayar.

9. Sewa rahim? Kita tinggal di dalam rahim ibu kita selama 9 bulan. Tercarik2 saya di google. Berapa agaknya sewa rahim sebulan. Kita tinggal dalam rahim ibu kita dengan selesa. Apa yang ibu kita makan, kita share.

10. Dari mula ibu tahu yang dia mengandungkan kita, dia tersenyum lebar. Menjaga makanannya. Ada ibu yang muntah2 selama tempoh kehamilan. Tak dapat buat perkara lain. Ada ibu yang terpaksa menjaga anak2 yang lain, sewaktu mengandungkan kita. Masak jugak walaupun letih. Alahai! pengorbanan ini tidak terbalas.

11. Berbalik kepada sewa rahim tadi, berapalah yang patut ibu dapat bayaran? RM 1000 sebulan atau RM 1000 sehari atau RM 1000 seminit atau RM 1000 sedetik? Alahu Akbar! Bagaimana nak bayar ya?

12. Sakit bersalin? Nak mengeluarkan kita di muka bumi ini, bukanlah mudah. Hanya yang dah jadi ibu aje yang tahu. Selagi tak jadi ibu, tak akan tahu sakitnya. Sakitnya hanya Allah yang maha mengetahui. Sakit, sakit, sakit, sakit, dan sakit dan sakit dan sakit sangat serta sakit dan sakit. Sakit sangat.

13. Setelah ibu kita menyabung nyawa melahirkan kita, maka adalah kita hingga akhir ini. Hari ini, malangnya bila kita celebrate bithday, kita selalunya meraikan dengan rakan2 atau dengan keluarga sendiri. Ibu tak ada langsung dalam list jemputan.

14. Itulah anak. Tapi mak tetap sayang. Bila balik mohon bantuan, mak tetap tolong selagi terdaya. Anak2 mahukan kebebasan setelah boleh berdikari. Sedangkan ibu terpenjara menjadi ibu daripada kita lahir hinggalah hari akhirnya. Dia tetap mak. Mak yang kadang kala kecik hati pada kita, tapi takkanlah kita pedulikan.

15. Selamat Hari Ibu. Semoga sambutan hari ibu anda meriah dan bermakna.

16. Kepada ibu, semoga anak anda kembali ke pangkuan anda.

17 Kepada anak, jika anda hari ini tidak mengingati seorang ibu, takpalah. Kerana anda juga akan merasai kesunyian di hari ibu nanti.

Rgds,
Liz

No comments: