1. Sebagai seorang trainer di HR Capital Sdn Bhd, saya banyak membuat program latihan berbentuk perkembangan diri. Saya sangat berminat untuk membantu sebarang individu untuk hidup dengan menggunakan potensi maksimum diri. Tambahan pula latihan saya sebagai kaunselor banyak membantu saya untuk meneroka potensi maksimum individu.
2. Saya sering berjumpa individu di dalam program saya yang tidak mengetahui tentang potensi mereka.
3. Saya mengumpamakan individu ini seperti sebuah kereta BMW Z4, tetapi merasakan diri mereka hanya mampu bergerak seperti kelajuan kereta kancil sahaja.
4. Alangkah malangnya jika keadaan ini berlaku kepada kita.
5. Di dalam blog ini, saya akan berkongsi dengan pembaca mengenai program dan idea saya.
6. Commitment to Excellence atau C2E adalah program yang dibangunkan oleh organisasi saya untuk membantu pelajar terutamanya untuk menggunakan potensi maksimum mereka di dalam pelajaran dan kehidupan. Pelajar yang telah mendapat menafaat daripada program ini adalah dari universiti awam dan swasta.
7. Manakala untuk individu dewasa pula program yang dijalankan bagi tujuan yang sama pula adalah Self Directed Employee Program.
8. Semoga pembaca mendapat menafaat dan sedikit maklumat daripada blog ini.