Tuesday, December 15, 2009

Mencukupkan Pendapatan atau Menambah Pendapatan

Salam.

1. Saya yakin semua orang mempunyai isu tersendiri berkenaan kewangan.

2. Maka dengan itu, banyaklah sumber terutamanya media elektronik mengiklankan mengenai isu tersebut. Pelbagai iklan disajikan untuk kita menambah pendapatan. Iklan ini sedikit sebanyak mempengaruhi minda kita mengenai kewangan.

3. Ada iklan yang mengajak anda menyertai mereka menjadi kaya raya melalui perniagaan internet, ada juga yang menggunakan perkataan 'anda tak perlu bekerja' tetapi mendapat pulangan yang lumayan dan pelbagai lagi.

4. Ya! siapalah yang tidak mahu kaya raya. Mempunyai kewangan yang stabil dan kukuh. Bagaimanapun, saya mempunyai satu persoalan asas untuk anda fikirkan.

5. Sebelum anda menambah pendapatan, perkara pertama yang perlu anda buat adalah merancang untuk mencukupkan pendapatan yang ada.

6. Jika anda tidak dapat mencukupkan pendapatan yang sedia ada, percayalah pendapatan yang bertambah nanti juga tidak mencukupi. Duit tidak pernah cukup jika anda tidak merancang cara untuk menggunakannya.

7. Anda lihat sahaja sekeliling anda. Ada banyak benda yang sebenarnya tidak diperlukan tetapi anda beli juga atas tuntutan iklan. Saya melihat ramai orang memiliki telefon yang mahal tetapi tiada simpanan kecemasan. Apabila memerlukan bantuan kewangan terpaksa meminjam pada orang lain.

8. Apakah jenis kereta yang anda pakai? Adakah anda mampu memiliki kereta tersebut? Berapakah perbelanjaan anda sebulan untuk kereta tersebut? Adakah ianya melebihi 30% daripada gaji anda? Jika ya, anda sebenarnya tidak layak memiliki kereta tersebut. Ini adalah kerana anda sepatutnya membelanjakan kurang daripada 30% untuk kereta.

9. Berapa simpanan anda sebulan? Jika tiada, anda tidak layak melanggan astro. Ia adalah kerana pembayaran astro itu sepatutnya anda tukar kepada simpanan tetap anda untuk hari tua dan kecemasan.

10. Adakah anda selalu makan di luar? Jika ya, cuba anda kira kembali berapa yang anda belanjakan makan di luar? Makan di luar sebenarnya mahal dan melibatkan kos yang tinggi.

11. Anda fikirkanlah sendiri. Sebelum anda menambah pendapatan yang ada, perkara pertama anda perlu fikirkan adalah bagaimana anda perlu mencukupkan pendapatan yang sedia ada. Selepas itu barulah anda boleh menambah pendapatan.

12. Pendapatan yang anda tambah akan memberi menafaat kepada anda selepas anda mencukupkan pendapatan yang sedia ada.

13. Bila berbelanja anda perlu tanyakan kepada diri anda sama ada ianya keperluan atau sekadar kemahuan.

14. Anda boleh melakukan perubahan.

Rgds
Liz

Friday, December 4, 2009

Selamat Tinggal Tahun 2009

Salam

1. Tahun 2009 tidak akan datang lagi. Ianya akan berlalu kurang dari 27 hari dari sekarang.

2. Rasanya macam baru lagi menyambut tahun 2009.

3. Bagaimanapun yang berlalu biarlah pergi. Apa yang penting adalah apakah yang telah kita pelajari di sepanjang tahun 2009 ini.

4. Bagi saya, ada beberapa perkara yang saya pelajari. Saya tak banyak berubah walaupun saya mahukan perubahan. Berubah rupa2nya begitu sukar sekali. Tambahan apabila perubahan menuntut saya meninggalkan sesuatu yang rutin dan telah sebati dengan jiwa saya.

5. Perubahan memerlukan saya bekerja kuat, bertindak dan kuat semangat. Kadangkala tahap yang ada tidaklah sekuat mana.

6. Maka, tahun 2008 nampaknya sama seperti 2009. Masalah yang sama, perkataan yang sama, aduan yang sama, jalan hidup yang sama dan semuanya hampir sama.

7. Saya kemudian melihat2 kembali apa yang saya mahukan di dalam tahun yang mendatang ini.

8. Saya mahu menjadi isteri yang lebih baik, lebih memahami dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada suami.

9. Saya mahu menjadi ibu yang lebih baik kepada anak2 saya. Saya mahu menjadi contoh, menjadi pendengar yang lebih baik, memahami masalah mereka dengan lebih empati dan lebih penting lagi saya mahu anak2 saya tahu yang saya menyanyangi mereka dan sentiasa ada di mana2 untuk mereka.

10. Saya mahu menjadi trainer yang lebih produktif dan mencetus perubahan kepada peserta di dalam kursus saya. Dalam masa yang sama saya mahu membaca lebih banyak buku dan menelaah lebih banyak bahan ilmiah.

11. Saya juga mahu menjadi anak yang lebih prihatin, kakak yang lebih baik kepada adik2 saya, jiran yang baik dan menjadi seseorang yang lebih memberi daripada mengharap.

12. Saya juga mahu menjadi sahabat yang dikehendaki bukan dijauhi.

13. Saya tahu apa yang saya mahukan memerlukan saya bertindak. Semua ini perlukan perancangan dan pengorbanan. Semuanya bermula dari diri saya. Saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya mahukan di dalam hidup saya sebanyak 100%.

14. Saya perlu memulakan sesuatu. Saya akan mulakan dari sekarang.


Rgds,
LIZ

Tuesday, October 27, 2009

ADAKAH ANDA MAHU MENJADI PEMBUNUH?

Salam kepada semua..

1. Saya tidak berfikir ada orang yang memang merancang untuk menjadi pembunuh di dalam hidup mereka.
2. Walau bagaimanapun, terfikirkah anda bahawa tindakan anda mungkin akan membunuh orang lain. Tindakan anda tidak semestinya besar, tindakan kecil juga boleh membunuh.
3. Saya terbaca berita 4 sekeluarga terbunuh akibat kelalaian seorang pemandu.
4. Pemandu yang terbabas akibat memandu laju, telah melanggar sebuah kereta kancil bertentangan arah. Akibatnya, 4 sekeluarga yang tidak kena mengena terbunuh.
5. Apalah agaknya yang boleh dilakukan oleh pemandu lalai ini untuk menebus kelalaiannya? Yang mati tak akan kembali, tetapi pemandu yang hidup ini terpaksa melalui sisa hidupnya dengan kesalan dan kepahitan.
6. Anda tidak akan dapat melaluinya. Jadi, satu sahaja yang boleh anda lakukan. Apabila anda memandu, anda perlulah mengingatkan diri anda. Anda mahu diri anda dan orang lain di jalan raya selamat sampai ke destinasi masing2.
7. Anda boleh melakukan perubahan ini.


Rgds,
Liz

Monday, August 17, 2009

Simpanan Pelajaran Anak2

Salam to all.

1. Perbincangan hari ini adalah mengenai simpanan pelajaran.
2. Jika anda sedang hamil, anda adalah orang yang paling beruntung sekali dengan maklumat ini.
3. Sebulan selepas anda bersalin nanti, anda boleh menyimpan di dalam ASB sebanyak RM25 sebulan. Apabila anak anda berusia 17 tahun nanti, anda mempunyai lebih kurang RM 12, 000.00.
4. Maknanya anda tidak perlu meminjam untuk menyara pengajian diploma atau degree anak anda nanti (jika pengajian di Malaysia).
5. Saya fikir ramai orang mampu menyimpan sebanyak RM25 sebulan.
6. Jika anda mampu, anda bolehlah menyimpan lebih banyak lagi.
7. Jika anda menyimpan RM75 sebulan contohnya. Selepas 17 tahun, simpanan anda akan menjadi lebih kurang RM 36,000.
8. So... start your saving.

Rgds,
Liz.

Friday, August 14, 2009

Mohamad Asri Ibrahim (Kumpulan Rabbani)

Lirik Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa

Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang dibawa



Terdengar sayup surah dibaca

Sayunya alunan suara

Cemas di dada...lemah tak bermaya

Terbuka hijab di depan mata



Selamat tinggal pada semua

Berpisahlah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana

Baikkah atau sebaliknya



Amalan dan takwa jadi bekalan

Sejahtera bahagia pulang...ke sana



Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim



Terbaring sempit seluas pusara

Soal-bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurlah jasad dimamah bumi



Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan

Diiring doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi



1. Beliau telah kembali menghadap Pencipta kita.
2. Masa kita akan sampai juga nanti. Saya cuma mengharapkan kita bersedia menghadapi saat itu nanti.
3. Sewaktu saya membaca berita pemergiaan beliau, saya terus mendengar lagu ini. Terasa kesannya sehingga menitis airmata. Kurang pasti sama ada saya sedih di atas pemergian beliau, atau saya memikirkan nasib sendiri.
4. Saya belum bersedia. Dan nampaknya akhir2 ini, ramai orang yang kita kenal meninggalkan kita secara tiba2.
5. Adakah kita juga demikian? Meninggalkan apa yang ada ini secara tiba2? Ntahlah. Saya berdoa agar Allah menjemput saya dikala saya bersedia.
6. Semoga Allah memberkati beliau. Agar Allah memberi kekuatan kepada isteri dan anak2nya. Semoga hari yang mendatang adalah hari yang penuh rahmat kepada seluruh keluarganya.

Al-Fatihah.

Rgds,
Liz

Tuesday, July 21, 2009

21 Julai 2009

1. Masa berlalu begitu cepat sekali. Kita sudah berada di minggu ke 30 tahun 2009.
2. Seperti banyak lagi perkara yang belum sempat dilakukan. Ramadhan akan datang dalam masa sebulan lagi. Kemudian Syawal pula mengunjung.
3. Untuk ibubapa di luar sana, saya yakin mengingatkan 2 bulan yang akan datang ini sudah cukup memeningkan kepala.
4. Jangan lupa juga, dalam diam2 anak kita akan masuk ke tahun persekolahan baru tahun hadapan.
5. Saya masih ingat anak2 yang dulunya kecil dan bergantung kepada kita 100% kini sudah dewasa dan mampu membuat keputusan hidup sendiri.
6. Alahai! cepatnya mereka dewasa.
7. Anyway... raya ni nak sambut macamana?
8. Berapakah bugdet anda semua?
9. Ramadhan ni nak terawih di mana? Sudahkah anda semua mula menerangkan kembali kepada anak2 mengenai ibadah puasa?
10. Banyak rupanya tugas kita sebagai ibubapa.
11. Marilah menjadi ibubapa yang produktif. Selamat menghadapi cabaran sebagai ibubapa.

Rgds,
Liz

Sunday, June 14, 2009

14 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH IBUBAPA

Salam.

Saya membaca beberapa buah buku dan saya menyimpulkan sebagai ibubapa kita juga kerap melakukan kesilapan di dalam mendidik anak2 kita. Memanglah kita tidak sedar. Ini adalah kerana kita tiada tempat untuk memeriksa tindakan sendiri. Saya kongsikan kesilapan biasa ini dengan anda semua supaya boleh dijadikan renungan.

1.Tunjukkan kepada anak2 perkara lain lebih penting.

Bila anak bercakap dengan anda, anda menonton tv atau menjawab tel.

2.Tidak menepati janji dengan anak2.

Beribu2 janji anda tidak anda tepati.

3.Tunjukkan kepada anak2 bahawa undang2 boleh dikompromi.

Melanggar lampu merah ketika kereta lain tiada. Tidak memakai topi keledar sewaktu menjemput anak ke sekolah.

4. Merokok di hadapan anak2.

Sedangkan anda sendiri tahu bahawa bila anak anda membesar kelak anda akan melarang mereka merokok.

5.Bercakap hal2 yang tidak sepatutnya depan anak2.

Mengumpat orang contohnya. Menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya.

6.Bercakap perkara yang kurang penting berkali2, menyebabkan anak2 merasakan itu adalah penting.

Anda terlalu mempromosi contohnya kehidupan artis atau orang lain yang tidak relevan kepada anak2. Anda jarang pula bercakap mengenai agama contohnya.

7.Kurang bercakap perkara mengenai nilai.

Jarang bercerita mengenai pendapat, pendirian dan perkara yang boleh anak jadikan contoh kehidupan.

8.Menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya dihadapan anak2.

Menggunakan perkataan2 yang kurang sesuai. Contohnya memaki orang.

9.Kurang mengajar anak mengenai hak mereka

Tidak mengajar anak untuk melindungi diri dan hak mereka. Beritahu mereka bahawa tubuh badan mereka adalah hak mereka. Dan jika ada sesiapa yang cuba menceroboh mereka perlu melawan dan mengadu.

10.Tidak mengajar anak berkata ‘tidak’.

Mengajar anak berkata tidak untuk perkara yang mereka tahu salah. Merokok atau mencuba dadah contohnya.

11.Jarang memberitahu anak2 yang mereka disayangi, diperlukan dan membawa kebahagiaan di dalam kehidupan ibubapa.

Kita selalu bercerita tentang kesusahan membesarkan anak2 tapi kurang memberitahu anak2 menjadikan hidup kita sangat bahagia dan lengkap.

12.Bercakap dengan anak2 apabila anak buat salah sahaja.

Kita jarang memuji anak bila anak melakukan perbuatan yang salah. Tapi selalu menegur atau memarahi apabila mereka melakukan kesilapan. Anak2 tidak tahu apa yang betul mereka cuma tahu perkara yang salah sahaja.

13.Tidak memperuntukan masa untuk anak2.

Terlalu sibuk mengejar masa sehingga lupa berbual mesra dengan anak2. Anak2 mencari orang lain untuk berbual.

Kita semua melakukan kesilapan ini. Mari kita berubah ke arah kehidupan berkeluarga yang lebih baik dan berkualiti.



Rgds,

Liz

Saturday, June 13, 2009

HUJUNG MINGGU

Salam.

1. Hari ini kita sudah berada pada hari yang 13 bulan jun. Terasa macam baru semalam kita sibuk menyambut tahun baru. Sudah hampir setengah tahun kita berada di tahun 2009.

2. Melihat kembali aktiviti saya pada tahun ini, saya merasakan masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk melengkapkan tahun 2009 saya.

3. Masih banyak perkara dan aktiviti yang mahu saya lakukan dengan keluarga belum sempat dibuat. Bukanlah kerana kekurangan masa tetapi perancangan yang kurang menyeluruh.

4. Kadangkala banyak aktiviti baru yang datang menyebabkan saya terpaksa membatalkan perancangan yang telah dipersetujui bersama keluarga. Itulah kehidupan.

5. Banyak perkara yang menjadi keutamaan. Mencari nafkah adalah salah satu daripadanya.

6. Di dalam sibuk mengejar nafkah, banyak lagi perkara yang timbul.

7. Keluarga di kampung apa khabar? Rakan baik pula bagaimana? Anak2 ok ke? Adakah mereka memahami tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka? Atau mereka sedang sibuk memerhati kehidupan kita? Ntahlah, harapnya semuanya berjalan lancar di dalam kehidupan mereka nanti.

8. Hari ini hujung minggu datang lagi. Saya berazam mahu meluangkan masa yang maksimum dengan keluarga.

9. Doa saya agar hujung minggu ini berjalan lancar dan kami gembira sebagai satu keluarga.

Rgds,
Liz.

Monday, June 1, 2009

Jenayah Yang Menakutkan

Salam to all,

1. Saya banyak membaca kejadian jenayah yang menjadi2 di negara kita.

2. Saya tertanya2, apakah yang boleh kita semua lakukan untuk membendung kejadian ini?

3. Jika saya sekeluarga diarah oleh pihak berkuasa untuk membayar sebanyak RM 500 sebulan bagi mencegah jenayah, saya akan usahakan.

4. Memanglah RM 500 itu agak banyak, tapi saya yakin saya tidak akan dapat berhadapan dengan kehilangan orang tersayang kerana kejadian jenayah.

5. Ya! Saya tahu, RM 500 bukan penyelesaiannya. Ia lebih daripada itu. Unit individu, keluarga, masyarakat, komuniti dan negara perlu berfungsi.

6. Berfungsi dengan aktif dan serius. Fungsi yang lumpuh inilah menyebabkan kejadian jenayah dan gejala sosial menjadi semakin parah.

7. Marilah kita sama2 memaksimumkan fungsi kita sebagai individu, ibu/bapa, jiran, saudara dan keluarga.

8. Semoga kita dilindungi.

Rgds,
Liz

Monday, April 27, 2009

IBUBAPA

Salam

1. Menjadi ibu dan bapa adalah satu perkara yang semulajadi untuk pasangan yang berkahwin, walaupun bukan semua pasangan yang dikurniakan cahayamata.

2. Ramai yang menjadi ibubapa seawal setahun selepas berkahwin.

3. Cabaran menjadi ibubapa hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Saya mengakui ramai orang termasuk diri saya sendiri tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menjadi ibubapa.

4. Saban hari terlalu banyak isu ataupun masalah baru yang ibubapa ketiadaan pengetahuan untuk menghadapinya.

5. Anak2 tidak dilahirkan dengan manual. Jika ada, sudah tentu senang untuk mengendalikan mereka.

6. Sewaktu umur mereka makin dewasa, makin banyak cabaran yang perlu dilalui sebagai ibu bapa.

7. Di negara kita perbincangan dan kumpulan yang membincangkan mengenai keibubapaan masih terhad. Dan paling malang lagi ramai ibubapa yang menganggap pengetahuan keibubapaan adalah sesuatu yang tidak perlu dipelajari. Ianya datang sendiri.

8. Oleh kerana pemikiran inilah ramai ibubapa yang tersilap langkah. Banyak kejadian yang tidak diiginni berlaku.

9. Kejadian seperti anak lari dari rumah, perhubungan seks sebelum perkahwinan, anak kurang ilmu dalam komunikasi, anak yang tidak dapat dikawal dan banyak lagi.

10. Bagaimanakah kita sebagai ibubapa ingin mengelakkan kejadiaan seumpama ini daripada berlaku?

11. Ibu bapa perlu mencari kumpulan sokongan. Ibubapa perlu meluangkan masa sekurang2nya 2 jam sebulan untuk berbincang mengenai peranan sebagai ibubapa.

12. Ibu bapa juga perlu banyak membaca. Jika boleh luangkan 20 minit sehari untuk membaca, dalam masa sebulan sudah ada 10 jam diluangkan untuk membaca.

13. Ibu bapa perlu meluangkan masa sekurang2nya 30 minit sehari dengan anak2. Anda tidak membuat perkara lain ketika itu. Hanya anda dan anak2 sahaja. Anda boleh bercakap, menyentuh anak2, bergurau atau membincangkan perkara2 yang serius contohnya keadaan ekonomi negara, sejarah atau apa2 sahaja isu.

14. Berkomunikasi dengan anak2 akan menjadikan anda lebih faham dengan pemikiran anak2. Ia juga membolehkan anda mengetahui mengenai masalah yang anak anda hadapi dan memikirkan cara untuk membantunya.

15. Saya tahu ada ibu bapa diluar sana yang merasakan mereka tidak mempunyai masa. Bagi saya jika kita merasakan sesuatu urusan itu penting, sudah tentu masa akan diperuntukan.

16. Anak2 kita memerlukan kita walaupun usia mereka makin dewasa.

17. Marilah kita semua ibu bapa membuat perubahan.

Rgds
Liz

Thursday, April 16, 2009

KEMATIAN

Salam

1. Akhir2 ini berita mengenai kemalangan maut nampaknya begitu banyak sekali. Bagi saya, seolah2 ada peningkatan yang serius.

2. Pagi ini, saya membaca berita mengenai seorang wanita maut dilanggar sebuah bas. Beliau berusia 33 tahun dan saya difahamkan beliau mempunyai anak. Suaminya yang turut terlibat di dalam kemalangan itu terselamat (Alhamdullillah).

3. Saya kemudian terfikir mengenai kematian yang bakal datang pada bila2 masa. Mungkin hari ini, mungkin juga esok atau 10 tahun lagi. Buat masa ini, saya belum bersedia. Jika ditanya bila saya bersedia, ntahlah. Saya sendiri tidak mampu menjawab soalan itu. Amat menakutkan.

4. Bagaimanapun, saya bertanya pada diri sendiri. "Apakah persediaan yang perlu dibuat untuk orang yang ditinggalkan?".

5. Contohnya, jika anda seorang suami. Apa yang akan berlaku pada isteri dan anak2 anda jika anda meninggal dunia hari ini. Apakah anda telah menyediakan mereka untuk ditinggalkan. Maksud saya peninggalan berbentuk wang tunai, rumah dan sebagainya. Ya! saya tahu ramai yang mengambil insurans untuk tujuan itu, tapi berapa ramai?

6. Adakah keluarga yang ditinggalkan hari ini akan berada dalam keadaan meminta2? Adakah persekolahan anak anda akan berjalan seperti biasa? Adakah keluarga anda akan kekal tinggal di rumah yang sama atau terpaksa keluar kerana tidak mampu membayar sewa?

7. Ramai orang di luar sana yang saya yakin, bukan sahaja tiada persediaan untuk diri sendiri tetapi juga keluarga yang bakal ditinggalkan.

8. Mesej saya pada anda, dan pada diri sendiri adalah 'marilah kita berfikir sejenak dan mulakan tindakan mengenai kematian'.

9. Moga persediaan yang kita rancangkan hari ini, memberi menafaat dan keuntungan kepada kita yang akan pergi dan orang yang kita tinggalkan nanti.

10. INSYA-ALLAH

Rgds
Liz

Thursday, April 2, 2009

VISI dan MISI KELUARGA

Salam to all

1. Tentu anda perasan mengenai visi dan misi yang biasanya terdapat di dalam organisasi.

2. Visi dan misi ini biasanya memandu sesuatu organisasi supaya berada di landasan yang betul setiap masa.

3. Tanpa visi dan misi ini tentulah agak sukar untuk sesuatu organisasi untuk mengetahui sama ada ianya di landasan yang betul atau sebaliknya.

4. Setiap pekerja diperlukan untuk mengetahui tentang visi dan misi organisasinya.

5. Pendek kata, visi dan misi ini penting.

6. Oleh kerana pentingnya visi dan misi ini di dalam sesebuah organisasi, saya fikir sebuah organisasi keluarga juga perlu ada visi dan misi.

7. Kemanakah arah tujuan keluarga anda?

8. Apakah imej keluarga anda yang mahu anda tonjolkan?

9. Cara hidup yang bagaimanakah anda rancangkan untuk keluarga anda?

10. Anda sekarang cuba membentuk anak anda menjadi siapa pada masa akan datang?

11. Apakah yang anda bayangkan berlaku pada diri anda dan anak anda 10 tahun dari sekarang?

12. Apakah yang telah anda lakukan untuk memastikan anak anda mendapat apa yang anda bayangkan sekarang?

13. Anda boleh menjawab soalan2 ini?

14. Selepas itu bolehlah anda membentuk visi dan misi keluarga anda?

15. Selamat bervisi dan bermisi.

16. Commitment to Excellence. Anda boleh...

Rgds,
Liz

Sunday, March 29, 2009

KITA BERTANYA DAN AL QURAN MENJAWAB

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedang merekatidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut 29: 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah 2:216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah 2:286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran 3:139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah (be fearfull of Allah The Almighty) supaya, kamu beruntung. "-Surah Al-Imran 3:200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat; dan sesungguhnya yg demikian itu sungguh berat kecuali bagi org2 yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah 2:45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin, diri dan harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka...Dan siapakah yg lebih menepati janjinya selain drpd Allah? Maka bergembiralah dgn jual beli yg telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yg besar."- Surah At-Taubah 9:111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yg memiliki arasy yg agung. "- Surah At-Taubah 9:129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgn kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf 12:87


"Learning is not attained by chance; it must be sought for with ardour and attended to with diligence"

MOHD AMIR BIN HJ AHMAD

Thursday, March 26, 2009

KURUS ATAU GEMUK?

Salam kepada semua.

1. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Noraini Mohd Ghazali, yang meninggal dunia semalam akibat daripada rawatan menyedut lemak.

2. Mungkin ramai yang tertanya2 mengapa agaknya beliau membuat rawatan sedemikian. Saya percaya ada juga secara sinisnya akan menyatakan, 'takkanlah nak kurus dan cantik hingga sanggup mengambil risiko sedemikian'.

3. Saya mungkin tidak mengenali arwah tetapi saya mungkin faham apa yang dilaluinya. Cuba anda lihat di sekeliling anda. Anda akan dijamukan dengan pandangan, gambar dan pendapat bahawa perempuan kurus adalah cantik dan sesiapa yang mempunyai lebihan lemah adalah kurang cantik. Mungkin bukan semua orang setuju tetapi begitulah adanya pada kebanyakkan orang.

4. Saya berusia 36 thn dengan tinggi lebih kurang 5'3" berat badan saya ialah 64 kg. Saya mungkin nampak ok kerana ketinggian saya tetapi sebenarnya saya tahu ini bukanlah berat badan yang sepatutnya saya bawa.

5. Saya patut lebih kurus lagi. Kadangkala saya juga terfikir untuk membuat sedutan lemak, tambahan lagi apabila melihat iklan mengenai pusat kecantikan. Gambar wanita yang diletakkan di iklan itu sangat kurus dan tiada langsung lebihan lemak. Di susuli pula dengan pakaiannya yang menampakkan betapa kempis perutnya.

6. Sebagai wanita saya merasakan alangkah bagusnya jika saya begitu. Dan terfikir apa yang boleh saya buat untuk menjadi begitu? Diet? Senaman? Makan pil? Sedut lemak?

7. Tentulah diet dan senaman bukan pilihan kebanyakkan orang. Makan pil dan sedut lemak lebih mudah. Dan ditanya mengenai risikonya, sebagai orang yang diluar bidang perubatan sudah tentulah kita tidak mengetahui tentang risiko. Pengiklanan selalunya menyatakan apa yang mereka tawarkan tiada risiko langsung.

8. Persoalannya jika ada risiko mengapa mereka masih beroperasi dan terus2 mengiklan produk mereka?

9. Saya yakin arwah bukan seorang sahaja mangsa. Ada ramai wanita lagi. Apakah yang boleh kita lakukan untuk memberhentikan perkara ini?

10. Masyarakat perlu membantu dari aspek tertentu dan sudah tentulah diri sendiri juga perlu berbuat sesuatu. Kemungkinan jika anda mempunyai masalah berat badan, anda perlu mencari kelompok sokongan. Mumbuat senaman berseorangan bukanlah seronok. Jika ada kawan yang mempunyai matlamat yang sama adalah lebih baik. Dalam masa yang sama kelompok sokongan boleh mengajar kita tentang pemakanan.

11. Dalam masa yang sama anda perlu mengakui badan anda adalah hak anda. Anda 'berisi' kerana anda makan dan kurang senaman. Selepas menerima tanggungjawab barulah anda tahu apa yang anda perlu lakukan.

12. Ada banyak laman web yang mengajar kita apakah cara pemakanan yang terbaik. Walau bagaimanapun suka saya ingatkan ini adalah satu proses. Bukan hari ni senaman, esok boleh jadi kurus. Ia perlukan masa.

13. Mungkin dalam 2 minggu ini anda boleh kurang pemakanan yang menggemukkan dan melakukan senanman ringan. Contohnya berjalan2 keliling kawasan rumah. Sambil tu menyapa jiran2 yang ada. 2 minggu dari sekarang anda mungkin kehilangan 0.5 atau 1 kg.

14. Oklah tu untuk permulaan. Anda bertanggungjawab terhadap diri anda. Wanita di iklan itu jadikan motivasi anda.

15. Untuk kurus anda perlu berusaha dan bertindak. Tiada yang mudah. Perkara yang mudah mesti ada risikonya.

16. Anda boleh membuat perubahan.

17. Kepada keluarga arwah, harapnya sentiasa dapat lindungan Allah. Saya kehilangan ibu pada usia 6 tahun. Bukan sesuatu yang mudah. Selepas 30 tahun masih tertanya2 mengapa ia berlaku kepada saya.

18. Saya berharap suami arwah dapat menemani anak2nya dalam perjalanan menuju ke arah pembesaran. Perjalanan itu bukan mudah tetapi boleh dilakukan. Anak2nya tentu sedang keliru seperti saya dahulu. Dan merasakan kematian adalah sementara dan ibu mereka akan 'hidup' semula beberapa hari nanti. Itulah cara kanak2 melihat kematian. Semoga Allah menanamkan kekuatan untuk 3 orang anak arwah.

19. Untuk anda di luar sana, apa jua masalah mesti ada penyelesaiannya. Katakan 'tidak' kepada rawatan segera.

Rgs,
Liz

Friday, March 20, 2009

BERDOALAH

1. Ramai orang yang bertanya kepada saya bagaimana nak bertahan di dalam kegawatan ekonomi ini.

2. Saya fikir ini berlaku kerana ramai yang mula merasakan keperitannya.

3. Selain dari berusaha, meneruskan kerja dengan sabar dan yakin, berdoa juga perlu.

4. Saya mahu berkongsi dengan semua mengenai beberapa ayat al-Quran yang saya jumpa mengenai doa. Semoga kita mendapat menafaatnya.
  • Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, kepada Engkaulah sahaja yang kami memohon pertolongan
    Ayat Al-Fatihah Ayat 5
  • Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…..”
    Ayat Al-Mukmin Ayat 60
  • Allah Yang Menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
    Ayat Al-Ikhlass Ayat 2

5. Jadi, salah satu jawapannya untuk mendapat kehidupan yang baik adalah melalui doa.

6. Doalah apa sahaja, Allah telah berjanji akan memperkenankan doa kita.

Rgds

Liz

Thursday, March 19, 2009

BERJIMAT dan SIMPANAN

1. Ramai yang kehilangan pekerjaaan akibat daripada kegawatan ekonomi.

2. Ramai yang bekerja merungut kerana pendapatan yang ada tidak mencukupi untuk menampung kehidupan yang semakin tinggi.

3. Bagaimanapun untuk yang masih bekerja ada seribu satu macam cara untuk berjimat.

4. Salah satu perkara yang anda boleh jimatkan setahun adalah;

  • Astro (pakej paling murah) RM35 sebulan x 12 = RM 420.
  • Makan di luar RM200 sebulan x 12 = RM 2400

5. Maknanya jika tidak melanggan astro dan mengurangkan makan luar anda boleh menjimatkan sebanyak RM 2620 setahun. Simpanan ini boleh digunakan untuk membeli keperluan sekolah anak anda pada awal tahun.

6. Melanggan astro memang banyak bagusnya, walau bagaimanapun jika kita perlu berjimat, apa salahnya. Bila anda sudah ada banyak wang tambahan, anda bolehlah kembali melanggan astro.

7. Anda juga boleh kembali makan di luar bila anda sudah stabil.

8. Setakat ini saya telah menjimatkan sebanyak RM 6000 setahun dengan makan di rumah sahaja. Saya cuma akan makan di luar apabila tiada pilihan sahaja. Pakej astro? Saya mengambil pekej yang paling murah sekali. Dan saya akan berhenti melanggan apabila saya mendapati saya kurang mampu.

9. Dan jika pada waktu ini anda masih mempunyai pekerjaan, anda bolehlah merancang untuk mempunyai simpanan 6 bulan gaji. Supaya jika apa2 berlaku pada diri anda, anda masih mempunyai bekalan selama 6 bulan.

10. Anda boleh melakukannya.

Rgds,

Liz

Tuesday, February 24, 2009

Komunikasi Asertif

1. Pernahkah anda mengalami masalah menyatakan 'tidak' kepada jurujual ataupun menyatakan tidak kepada perkara2 lain di dalam hidup anda? Jika anda mempunyai masalah ini, anda sebenarnya perlu belajar mengenai Komunikasi Asertif.
Baru2 ini saya telah mengendalikan Bengkel Komunikasi Asertif di sebuah pusat pengajian awam, saya mendapati agak ramai pelajar mempunyai kesukaran menyatakan tidak.
2. Besar kemungkinan pada hemah saya, ini adalah salah satu punca mengapa perkara buruk sering berlaku di dalam kehidupan. Sebagai contoh, kebanyakkan rakyat Malaysia sudah mengetahui mengenai penipuan yang dilakukan oleh peraduan gores dan menang. Walau bagaimanapun masih ramai lagi yang tertipu. Mengapa? Ini adalah kerana tidak mempunyai kemahiran untuk menolak permintaan tersebut.
3. Jika dikaitkan dengan pelajar pula, kemahiran ini penting untuk menjalani hidup yang dirancangkan. Kadang kala rakan mengajak keluar sewaktu anda ingin menyiapkan tugasan penting. Boleh juga berlaku anda ingin ke kelas tetapi rakan meminta anda membuat perkara lain.
4. Lebih buruk lagi teman istimewa anda mengajak anda memulakan sesuatu perbuatan yang anda tahu salah. Tetapi anda melakukannya juga kerana anda takut untuk berkata tidak.
5. Di dalam sesetangah keadaan, berkata tidak adalah sesuatu yang mudah jika anda tahu caranya. Menyatakan tidak di dalam hal ini adalah lebih kepada melahirkan perasaan anda tanpa menyingung hati sesiapa.
6. Sebagai contoh, 'maaf, saya perlu menyiapkan tugasan ini. kita keluar esok ok tak'. 'encik, saya kurang minat untuk menyertai peraduan ini' dan terus berlalu.
7. Ramai orang mengalami tekanan perasaan dan rasa kurang puas hati kerana tidak ada kekuatan dan kemahiran untuk menyatakan tidak. Jangan biarkan diri anda mengalami masalah ini. Belajarlah komunikasi ini.

Monday, February 9, 2009

5 minutes

IF YOU HAVE FIVE MINUTES OF WORLD'S ATTENTION, WHAT STORY WILL YOU TELL?

Sunday, February 1, 2009

An Hour to Live, and Hour to Love....

If you had one hour to live and could make just one phone call, who would it be to, what would you say?...

Saturday, January 31, 2009

Book Club

1. Baru-baru ini saya lebih kurang telah menubuhkan kelab buku di sebuah pusat pengajian awam.
2. Tujuan saya adalah untuk menghidupkan budaya membaca di kalangan pelajar.
3. Dalam masa yang sama saya juga mahu pelajar menghayati ilmu. Ini bukan bermakna ilmu perlu selari dengan pengajian mereka tetapi pelbagai ilmu. Tidak bermakna jika pelajar sains perlu mengetahui mengenai sains sahaja.
4. Buku pertama yang saya cadangkan adalah buku koleksi peribadi saya. Life Is An Open Secret: Think About It. Penulis manisnya adalah Saudari Zabrina A Bakar. Buku ini mengandungi koleksi cerita yang banyak dikaitkan dengan Islam. Banyak ayat Al Quran dan Hadith dikaitkan dengan cerita yang dibawa. Cool!
5. Selepas membaca buku kecil yang penuh makna ini, saya berfikir. Al Quran selama ini banyak dibaca tetapi jarang dikaitkan dengan kehidupan seharian dan peristiwa yang berlaku di dalam hidup.
6. Ini adalah kerana (menyalahkan cara pembelajaran saya sendiri) sewaktu belajar mengaji Al quran tidak dijelaskan sedemikian rupa. Saya memikirkan jika Al Quran diajar seperti buku ini, sudah tentu banyak isi kandungannya difahami dan dihayati.
7. Dengan memperkenalkan buku ini saya berharap pelajar akan mula menyukai buku. InsyaAllah saya akan mencari buku2 lain untuk dikongsi bersama ahli kelab buku saya.

Monday, January 26, 2009

C2E (Commitment to Excellence Program)

1. Di dalam pengalaman saya membuat kelas bantuan untuk pelajar yang kurang cemerlang, saya mendapati ada dua trait yang agak sama di antara mereka.
2.Trait pertama mereka kurang membaca sebarang bahan bacaan. Bahan bacaan yang dimaksudkan ini adalah sama ada bahan bacaan akademik dan juga bahan bacaan lain.
3. Trait kedua adalah, kebanyakkan atau hampir kesemua daripada mereka tidak mengetahui dengan terperinci apakah yang mereka mahukan di dalam hidup mereka.
4. Oleh itu saya telah merangka satu program yang mana mereka akan membuat beberapa aktiviti berkaitan.
5. Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah membantu pelajar mengenalpasti apakah perancangan masa hadapan mereka. Dengan mengetahui perancangan hidup, pelajar ini didapati lebih fokus kepada akademik dan dalam masa yang sama membuka minda mereka untuk berubah.
6. Aktiviti kedua yang saya lakukan adalah memberi mereka sebuah buku untuk dibaca dan selepas bebeerapa minggu kami akan membincangkan bahan bacaan tersebut.
7. Aktiviti ini di dapati membantu pelajar berfikir secara lebih luas dan membuka ruang mereka melihat dunia daripada perspektif berbeza.
8. Program ini dilakukan secara berterusan selama 6 bulan. Dapatan mendapati kebanyakkan pelajar mendapat keputusan yang lebih meningkat.
9. Saya berpendapat pengajaran di dalam kelas perlu ditambah dengan aktiviti yang lebih menyeluruh, supaya pelajar lebih menikmati pembelajaran akademik.
10. Mengubah pelajar adalah sesuatu yang amat mudah.