Monday, April 27, 2009

IBUBAPA

Salam

1. Menjadi ibu dan bapa adalah satu perkara yang semulajadi untuk pasangan yang berkahwin, walaupun bukan semua pasangan yang dikurniakan cahayamata.

2. Ramai yang menjadi ibubapa seawal setahun selepas berkahwin.

3. Cabaran menjadi ibubapa hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Saya mengakui ramai orang termasuk diri saya sendiri tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menjadi ibubapa.

4. Saban hari terlalu banyak isu ataupun masalah baru yang ibubapa ketiadaan pengetahuan untuk menghadapinya.

5. Anak2 tidak dilahirkan dengan manual. Jika ada, sudah tentu senang untuk mengendalikan mereka.

6. Sewaktu umur mereka makin dewasa, makin banyak cabaran yang perlu dilalui sebagai ibu bapa.

7. Di negara kita perbincangan dan kumpulan yang membincangkan mengenai keibubapaan masih terhad. Dan paling malang lagi ramai ibubapa yang menganggap pengetahuan keibubapaan adalah sesuatu yang tidak perlu dipelajari. Ianya datang sendiri.

8. Oleh kerana pemikiran inilah ramai ibubapa yang tersilap langkah. Banyak kejadian yang tidak diiginni berlaku.

9. Kejadian seperti anak lari dari rumah, perhubungan seks sebelum perkahwinan, anak kurang ilmu dalam komunikasi, anak yang tidak dapat dikawal dan banyak lagi.

10. Bagaimanakah kita sebagai ibubapa ingin mengelakkan kejadiaan seumpama ini daripada berlaku?

11. Ibu bapa perlu mencari kumpulan sokongan. Ibubapa perlu meluangkan masa sekurang2nya 2 jam sebulan untuk berbincang mengenai peranan sebagai ibubapa.

12. Ibu bapa juga perlu banyak membaca. Jika boleh luangkan 20 minit sehari untuk membaca, dalam masa sebulan sudah ada 10 jam diluangkan untuk membaca.

13. Ibu bapa perlu meluangkan masa sekurang2nya 30 minit sehari dengan anak2. Anda tidak membuat perkara lain ketika itu. Hanya anda dan anak2 sahaja. Anda boleh bercakap, menyentuh anak2, bergurau atau membincangkan perkara2 yang serius contohnya keadaan ekonomi negara, sejarah atau apa2 sahaja isu.

14. Berkomunikasi dengan anak2 akan menjadikan anda lebih faham dengan pemikiran anak2. Ia juga membolehkan anda mengetahui mengenai masalah yang anak anda hadapi dan memikirkan cara untuk membantunya.

15. Saya tahu ada ibu bapa diluar sana yang merasakan mereka tidak mempunyai masa. Bagi saya jika kita merasakan sesuatu urusan itu penting, sudah tentu masa akan diperuntukan.

16. Anak2 kita memerlukan kita walaupun usia mereka makin dewasa.

17. Marilah kita semua ibu bapa membuat perubahan.

Rgds
Liz

Thursday, April 16, 2009

KEMATIAN

Salam

1. Akhir2 ini berita mengenai kemalangan maut nampaknya begitu banyak sekali. Bagi saya, seolah2 ada peningkatan yang serius.

2. Pagi ini, saya membaca berita mengenai seorang wanita maut dilanggar sebuah bas. Beliau berusia 33 tahun dan saya difahamkan beliau mempunyai anak. Suaminya yang turut terlibat di dalam kemalangan itu terselamat (Alhamdullillah).

3. Saya kemudian terfikir mengenai kematian yang bakal datang pada bila2 masa. Mungkin hari ini, mungkin juga esok atau 10 tahun lagi. Buat masa ini, saya belum bersedia. Jika ditanya bila saya bersedia, ntahlah. Saya sendiri tidak mampu menjawab soalan itu. Amat menakutkan.

4. Bagaimanapun, saya bertanya pada diri sendiri. "Apakah persediaan yang perlu dibuat untuk orang yang ditinggalkan?".

5. Contohnya, jika anda seorang suami. Apa yang akan berlaku pada isteri dan anak2 anda jika anda meninggal dunia hari ini. Apakah anda telah menyediakan mereka untuk ditinggalkan. Maksud saya peninggalan berbentuk wang tunai, rumah dan sebagainya. Ya! saya tahu ramai yang mengambil insurans untuk tujuan itu, tapi berapa ramai?

6. Adakah keluarga yang ditinggalkan hari ini akan berada dalam keadaan meminta2? Adakah persekolahan anak anda akan berjalan seperti biasa? Adakah keluarga anda akan kekal tinggal di rumah yang sama atau terpaksa keluar kerana tidak mampu membayar sewa?

7. Ramai orang di luar sana yang saya yakin, bukan sahaja tiada persediaan untuk diri sendiri tetapi juga keluarga yang bakal ditinggalkan.

8. Mesej saya pada anda, dan pada diri sendiri adalah 'marilah kita berfikir sejenak dan mulakan tindakan mengenai kematian'.

9. Moga persediaan yang kita rancangkan hari ini, memberi menafaat dan keuntungan kepada kita yang akan pergi dan orang yang kita tinggalkan nanti.

10. INSYA-ALLAH

Rgds
Liz

Thursday, April 2, 2009

VISI dan MISI KELUARGA

Salam to all

1. Tentu anda perasan mengenai visi dan misi yang biasanya terdapat di dalam organisasi.

2. Visi dan misi ini biasanya memandu sesuatu organisasi supaya berada di landasan yang betul setiap masa.

3. Tanpa visi dan misi ini tentulah agak sukar untuk sesuatu organisasi untuk mengetahui sama ada ianya di landasan yang betul atau sebaliknya.

4. Setiap pekerja diperlukan untuk mengetahui tentang visi dan misi organisasinya.

5. Pendek kata, visi dan misi ini penting.

6. Oleh kerana pentingnya visi dan misi ini di dalam sesebuah organisasi, saya fikir sebuah organisasi keluarga juga perlu ada visi dan misi.

7. Kemanakah arah tujuan keluarga anda?

8. Apakah imej keluarga anda yang mahu anda tonjolkan?

9. Cara hidup yang bagaimanakah anda rancangkan untuk keluarga anda?

10. Anda sekarang cuba membentuk anak anda menjadi siapa pada masa akan datang?

11. Apakah yang anda bayangkan berlaku pada diri anda dan anak anda 10 tahun dari sekarang?

12. Apakah yang telah anda lakukan untuk memastikan anak anda mendapat apa yang anda bayangkan sekarang?

13. Anda boleh menjawab soalan2 ini?

14. Selepas itu bolehlah anda membentuk visi dan misi keluarga anda?

15. Selamat bervisi dan bermisi.

16. Commitment to Excellence. Anda boleh...

Rgds,
Liz