Salam
1. Menjadi ibu dan bapa adalah satu perkara yang semulajadi untuk pasangan yang berkahwin, walaupun bukan semua pasangan yang dikurniakan cahayamata.
2. Ramai yang menjadi ibubapa seawal setahun selepas berkahwin.
3. Cabaran menjadi ibubapa hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Saya mengakui ramai orang termasuk diri saya sendiri tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menjadi ibubapa.
4. Saban hari terlalu banyak isu ataupun masalah baru yang ibubapa ketiadaan pengetahuan untuk menghadapinya.
5. Anak2 tidak dilahirkan dengan manual. Jika ada, sudah tentu senang untuk mengendalikan mereka.
6. Sewaktu umur mereka makin dewasa, makin banyak cabaran yang perlu dilalui sebagai ibu bapa.
7. Di negara kita perbincangan dan kumpulan yang membincangkan mengenai keibubapaan masih terhad. Dan paling malang lagi ramai ibubapa yang menganggap pengetahuan keibubapaan adalah sesuatu yang tidak perlu dipelajari. Ianya datang sendiri.
8. Oleh kerana pemikiran inilah ramai ibubapa yang tersilap langkah. Banyak kejadian yang tidak diiginni berlaku.
9. Kejadian seperti anak lari dari rumah, perhubungan seks sebelum perkahwinan, anak kurang ilmu dalam komunikasi, anak yang tidak dapat dikawal dan banyak lagi.
10. Bagaimanakah kita sebagai ibubapa ingin mengelakkan kejadiaan seumpama ini daripada berlaku?
11. Ibu bapa perlu mencari kumpulan sokongan. Ibubapa perlu meluangkan masa sekurang2nya 2 jam sebulan untuk berbincang mengenai peranan sebagai ibubapa.
12. Ibu bapa juga perlu banyak membaca. Jika boleh luangkan 20 minit sehari untuk membaca, dalam masa sebulan sudah ada 10 jam diluangkan untuk membaca.
13. Ibu bapa perlu meluangkan masa sekurang2nya 30 minit sehari dengan anak2. Anda tidak membuat perkara lain ketika itu. Hanya anda dan anak2 sahaja. Anda boleh bercakap, menyentuh anak2, bergurau atau membincangkan perkara2 yang serius contohnya keadaan ekonomi negara, sejarah atau apa2 sahaja isu.
14. Berkomunikasi dengan anak2 akan menjadikan anda lebih faham dengan pemikiran anak2. Ia juga membolehkan anda mengetahui mengenai masalah yang anak anda hadapi dan memikirkan cara untuk membantunya.
15. Saya tahu ada ibu bapa diluar sana yang merasakan mereka tidak mempunyai masa. Bagi saya jika kita merasakan sesuatu urusan itu penting, sudah tentu masa akan diperuntukan.
16. Anak2 kita memerlukan kita walaupun usia mereka makin dewasa.
17. Marilah kita semua ibu bapa membuat perubahan.
Rgds
Liz
No comments:
Post a Comment