Thursday, April 16, 2009

KEMATIAN

Salam

1. Akhir2 ini berita mengenai kemalangan maut nampaknya begitu banyak sekali. Bagi saya, seolah2 ada peningkatan yang serius.

2. Pagi ini, saya membaca berita mengenai seorang wanita maut dilanggar sebuah bas. Beliau berusia 33 tahun dan saya difahamkan beliau mempunyai anak. Suaminya yang turut terlibat di dalam kemalangan itu terselamat (Alhamdullillah).

3. Saya kemudian terfikir mengenai kematian yang bakal datang pada bila2 masa. Mungkin hari ini, mungkin juga esok atau 10 tahun lagi. Buat masa ini, saya belum bersedia. Jika ditanya bila saya bersedia, ntahlah. Saya sendiri tidak mampu menjawab soalan itu. Amat menakutkan.

4. Bagaimanapun, saya bertanya pada diri sendiri. "Apakah persediaan yang perlu dibuat untuk orang yang ditinggalkan?".

5. Contohnya, jika anda seorang suami. Apa yang akan berlaku pada isteri dan anak2 anda jika anda meninggal dunia hari ini. Apakah anda telah menyediakan mereka untuk ditinggalkan. Maksud saya peninggalan berbentuk wang tunai, rumah dan sebagainya. Ya! saya tahu ramai yang mengambil insurans untuk tujuan itu, tapi berapa ramai?

6. Adakah keluarga yang ditinggalkan hari ini akan berada dalam keadaan meminta2? Adakah persekolahan anak anda akan berjalan seperti biasa? Adakah keluarga anda akan kekal tinggal di rumah yang sama atau terpaksa keluar kerana tidak mampu membayar sewa?

7. Ramai orang di luar sana yang saya yakin, bukan sahaja tiada persediaan untuk diri sendiri tetapi juga keluarga yang bakal ditinggalkan.

8. Mesej saya pada anda, dan pada diri sendiri adalah 'marilah kita berfikir sejenak dan mulakan tindakan mengenai kematian'.

9. Moga persediaan yang kita rancangkan hari ini, memberi menafaat dan keuntungan kepada kita yang akan pergi dan orang yang kita tinggalkan nanti.

10. INSYA-ALLAH

Rgds
Liz

No comments: