Salam to all...
1. Anak2 kadangkala berkonfrontasi dengan sesama sendiri.
2. Oleh kerana mereka berkonfrontasi di belakang kita, agak sukar untuk mengetahui yang mana yang betul dan mana yang salah.
3. Senario setiap kali agak sama, yang menangis atau kalah akan datang mengadu. Yelah! sebagai ibu, kita tak sanggup melihat anak bersedih dan menangis.
4. Maka dengan segala darah pahlawan yang mengalir dalam diri kita, kitapun cenderunglah menghukum pihak yang satu lagi.
5. Tanpa berfikir panjang, kita selalu mengandaikan pihak menangis itu adalah mangsa dan yang membuatnya menangis adalah pemangsa.
6. Maka pemangsa 'wajib' dihukum. Dan kesiannya mangsa.
7. Walaubagaimanapun, setelah menjadi ibu selama 15 tahun ini saya mula menemui sesuatu yang penting. Yang menangis rupanya bukanlah sentiasa mangsa. Mereka kadangkala adalah pemangsa yang lemah. Sebab itulah mangsa dapat mematahkan serangannya.
8. Pemangsa ini kecewa kerana mereka kalah, maka mereka menangis. Seronoklah mereka kadangkala apabila melihat mangsa mereka dimarahi. Kemenangan berpihak kepada mereka akhirnya.
9. Jadi, kesimpulannya mudah, yang kalah dan menangis bukanlah setiap kali mangsa.
10. Saya dengan ini mengesa ibubapa, jika anak2 anda ditimpa kesusahan di luar rumah anda perlu berfikir sejenak sebelum membuat apa2 kesimpulan.
11. Kemungkinan anak anda yang kelihatan seperti mangsa sebenarnya adalah pemangsa yang tewas.
Rgds
Liz
No comments:
Post a Comment