Wednesday, October 27, 2010

Mencari Agama ....

Salam...
1. Ketika itu saya berusia 25 tahun. Saya bertemu dengan buku yang bertajuk "Correspondence between Maulana Maudoodi and Maryam Jameelah" di perpustakaan Universiti Malaya.
2. Buku ini adalah permulaan erti saya menjadi penganut Islam yang memahami ertinya agama ini.
3. Saya malu membaca surat yang penuh dengan pengertian dan kupasan tentang agama Islam oleh seorang penganut yahudi. Maryam Jameelah pada ketika masih dalam agama asalnya lebih memahami Islam dari saya sendiri.
4. Surat menyurat beliau dengan Maulana Maudoodi dibukukan dan saya membacanya dengan lapar sekali.
5. Saya banyak belajar dan terus belajar daripada saat itu.
6. Bacalah buku ini jika anda menemuinya. Sarat dengan maklumat dan membuka minda.

Rgds
Liz

Sunday, August 29, 2010

Apalah yang dikejar manusia di dalam hidup yang teramat singkat ini?

Salam,

1. Saya mendapat sms daripada seorang sahabat. Sms berbinyi begini "lahir manusia disambut dengan azan dan matinya disembahyangkan". Itulah singkatnya gambaran kehidupan ini hanyalah antara azan dan sembahyang.
2. Terasa gerun di hati saya sambil mengiyakan sms yang diterima.
3. Apalah yang saya kejar di dalam hidup yang singkat ini? Kadangkala mengumpat orang, kadangkala mahu berlumba kekayaan, kerap juga rasa tidak puas hati dengan kejayaan orang lain. Selalu nampak kekurangan dan jarang nampak kelebihan yang Allah bentangkan di hadapan mata.
4. Ntahlah....
5. Harapnya Ramadhan ini mendidik saya lebih bersyukur dan fokus kepada tujuan asal saya yang pada awalnya sanggup menjadi khalifah di muka bumi ini. Ameen.

Rgds
Liz

Saturday, July 24, 2010

Hilang hak Penjagaan Anak

Salam to all.

1. Saya simpati kepada mana2 wanita yang hilang hak penjagaan anak. Tak kiralah apapun puncanya.
2. Hati saya menjadi tak keruan bila mengenangkan ada wanita yang kehilangan hak ini.
3. Bagaimanakah mereka meneruskan kehidupan tanpa anak2 di sisi? Muramnya malam mereka.
4. Saya cuba menyelami perasaan ibu2 ini. Saya rasa sebak dan hiba.
5. Dalam masa yang sama, saya lebih memahami banyak kekuatan dan kegembiraan hidup saya adalah kerana anak2 bersama saya.
6. Tanpa mereka hidup saya tiada makna langsung.

Rgds
Liz

Saturday, July 17, 2010

Harga Barangan Naik

Salam to all.

1. Saya pasti ramai yang 'kecewa' dengan kenaikan harga barang. Yalah! anda berhak mempunyai perasaan.
2. Saya fikir kenaikan 5 barangan utama ini akan mengakibatkan banyak lagi barangan 'siap' akan naik juga. Silap-silap barangan yang tidak ada kena mengena juga naik. Takpalah.
3. Mulai esok saya mahu meneliti kembali pengambilan gula keluarga. Mungkin akan mula mengajar anak2 merasa makanan yang kurang gula.
4. Kenaikan harga petrol pula, saya berazam akan merancang perjalanan keluarga dengan lebih baik. Jika boleh kami akan mengambil LRT atau bas awam.
5. Setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin juga dengan cara penjimatan, kita lebih bersyukur kepada nikmat Allah.
6. Kita semua berhak membuat pilihan. Untuk terus kecewa atau menerima keadaan dengan sedikit perancangan.

Rgds
Liz

Monday, May 17, 2010

ALHAMDULLILAH

Salam.

1. Hari ini hari Isnin bersamaan 17 May 2010.

2. Alhamdullilah, saya masih lagi bernyawa. Saya masih lagi mempunyai anggota yang lengkap. Anak2 masih lagi bersama saya. Makanan masih lagi ada. Tekak pula masih berselera.

3. Ayah saya masih lagi ada di kampung untuk saya menabur bakti. Negara kita yang tercinta aman. Kita masih boleh ke mana sahaja tanpa perlu berfikir dua kali.

4. Alhamdullilah, suami saya bersama saya. Saya dapat memeluknya dengan penuh perasaan selamat.

5. Jika semalan saya berbuat dosa, hari ini masih ada untuk saya memohon keampunan.

6. ALHAMDULILLAH. Semoga saya dapat memenafaatkan hari ini.

Rgds
Liz

Monday, May 10, 2010

Umrah 2020

Salam,

1. Saya, keluarga dan bersama 14 orang kenalan akan mengerjakan umrah pada sekitar april 2020.
2. Saya fikir pada ketika itu kemungkinan mengerjakan umrah akan menelan belanja sebanyak RM 10 ribu seorang.
3. Jadi saya perlu menyimpan sebanyak RM 50 sebulan untuk mengumpul sebanyak RM 10 ribu seorang. Kami mempunyai 10 orang ahli keluarga, maknanya kena simpan RM 500 sebulan. Untuk permulaan nilah. Saya percaya dalam masa 10 tahun ada anak2 yang akan menabung sendiri.
4. Anyway i'm excited.
5. Semoga Allah memberkati usaha saya untuk ke Mekah pada tahun 2020.

Rgds
Liz

Sunday, May 9, 2010

Yang Kalah Tak Semestinya Mangsa

Salam to all...

1. Anak2 kadangkala berkonfrontasi dengan sesama sendiri.

2. Oleh kerana mereka berkonfrontasi di belakang kita, agak sukar untuk mengetahui yang mana yang betul dan mana yang salah.

3. Senario setiap kali agak sama, yang menangis atau kalah akan datang mengadu. Yelah! sebagai ibu, kita tak sanggup melihat anak bersedih dan menangis.

4. Maka dengan segala darah pahlawan yang mengalir dalam diri kita, kitapun cenderunglah menghukum pihak yang satu lagi.

5. Tanpa berfikir panjang, kita selalu mengandaikan pihak menangis itu adalah mangsa dan yang membuatnya menangis adalah pemangsa.

6. Maka pemangsa 'wajib' dihukum. Dan kesiannya mangsa.

7. Walaubagaimanapun, setelah menjadi ibu selama 15 tahun ini saya mula menemui sesuatu yang penting. Yang menangis rupanya bukanlah sentiasa mangsa. Mereka kadangkala adalah pemangsa yang lemah. Sebab itulah mangsa dapat mematahkan serangannya.

8. Pemangsa ini kecewa kerana mereka kalah, maka mereka menangis. Seronoklah mereka kadangkala apabila melihat mangsa mereka  dimarahi. Kemenangan berpihak kepada mereka akhirnya.

9. Jadi, kesimpulannya mudah, yang kalah dan menangis bukanlah setiap kali mangsa.

10. Saya dengan ini mengesa ibubapa, jika anak2 anda ditimpa kesusahan di luar rumah anda perlu berfikir sejenak sebelum membuat apa2 kesimpulan.

11. Kemungkinan anak anda yang kelihatan seperti mangsa sebenarnya adalah pemangsa yang tewas.

Rgds
Liz

Thursday, May 6, 2010

Selamat Menyambut Hari Ibu

Salam to all.

1. Hari Ibu datang lagi.

2. Apalah yang anda rancangkan untuk ibu anda? Apakah hadiah yang sesuai?

3. Jika anda memikirkan jumlah wang tunai yang sesuai untuk membalas jasa ibu anda, marilah kita lakukan sedikit pengiraan dari segi wang ringgit.

4. Pampers? Berapa tahun anda pakai? Katalah anda memakai pampers selama 16 bulan. Jika sebulan anda memakai sebanyak RM 60 X 16 = RM 960.00. Alah! Bisa dibayarkan. Apa sangatlah RM 960 ni ya tak?

Thursday, April 1, 2010

Al-Fatihah

Salam to all..

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan yang memiliki sekelian alam.
3. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
4. Tuhan yang memiliki hari pembalasan.
5. KepadaMulah yang kami sembah dan kepadaMulah yang kami memohon pertolongan.
6. Tunjukanlah kami jalan yang lurus dan benar.
7. Iaitu jalan orang2 yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang2 yang kau murkai dan bukan pula jalan orang2 yang sesat. 

Al-Fatihah

Rgds
Liz

Wednesday, March 31, 2010

Who will she be 20 yrs from now?


Salam to all.

1. Look at her!
2. She is only 3 mths and 13 days old.
3. She is so cute and adorable.
4. She still has a long way to go and she doesnt know.
5. Her name, Kaseh Nadine Nabilah has a very deep meaning.
6. Kaseh is sayang or love.
7. Nadine means hope in French.
8. Nabilah is arabic word.
9. Can you guess how she looks like 20 yrs from now?
10. Which university she'll be in?
11. What kind of characters she will carry?
12. What is her forte?
13. What she love to eat?
14. Where are my husband and I at that time? Are we still alive?
15. What happen to her others sibbling?
16. Who is Malaysia's Prime Minister?
17. And many more questions to ask....
18. I pray Allah will to be with her every second in her entire life.

Ameen.

Rgds
Liz

MALAM

Salam to all.

1. Anak2 semuanya tidur. Tengok sorang2 kesian pulak rasanya.
2. Mula memikirkan apa aktiviti yang telah dibuat dengan anak2 siang tadi. Berjumpa sekejap aje rasanya.
3. Pagi hantar ke sekolah (5 min).
4. Tengahari jemput balik (5 min).
5. Sampai rumah mereka berehat. Makan. Dan seterusnya membuat kerja2 sendiri.
6. Malampun sampai.
7. Tak lama masa yang diluangkan untuk anak2.
8. Untuk pengetahuan anda, saya bekerja dari rumah. Konsep yang saya fikirkan sewaktu saya berhenti kerja dahulu. Saya merancang untuk bekerja selama 10 hari, melakukan aktiviti 'charity' 10 hari dan bersama keluarga 10 hari.

Monday, March 29, 2010

Simpanan Tahun 2010

Salam to all.

1. Berhenti melanggan astro. Jimat RM71.95 sebulan. Station tv percuma dah banyak rangkaian. Lagipun nakkan kelainan boleh beli DVD dan tengok berkali2.
2. Mengurangkan makan di luar. Jimat RM200 sebulan. Makan di luar sebenarnya banyak membazir.
3. Membekalkan anak2 dengan bekalan makanan. Jimat RM1.50 seorang anak. 4 orang anak. Jimat RM1.5X4X20 hari. Penjimatan RM 120 sebulan. Anak2 dapat makanan yang bersih daripada rumah. Lebih elok untuk mereka.
4. Beli groceries sebulan sekali sahaja. Jimat RM 200 sebulan. Jika pergi setiap minggu, ada banyak benda 'extra' dibeli. Jadi rancangkan penggunaan groceries selama sebulan dan beli sekali sahaja.
5. Outing dengan keluarga ke tempat semulajadi. Jimat RM 200 sebulan. Berseronok ke tempat semulajadi contohnya air terjun, laut atau hutan. Hanya bawa bekal makanan dan tak perlu mengeluarkan belanja seperti di shopping complex.
6. Penjimatan setahun adalah RM 71.95 + RM 200 + RM 120 + RM 200 + RM 200 = RM 791.95 X 12 = RM 9503.40
7. Hujung tahun 2010 boleh pergi umrah kalaupun tak mengerjakan haji.
Selamat mencuba.

Rgds
Liz

Saturday, March 27, 2010

Commitment To Excellence (C2E)

Salam to all.

1. Saya sekali lagi akan mengadakan program C2E bersama pelajar universiti.

2. Di dalam program ini saya mengariskan beberapa objektif yang perlu dicapai
  • meningkatkan tahap keyakinan diri maksimum
  • membuat perancangan hidup yang menyeluruh
  • mengerakkan minda untuk mencapai potensi maksimum
3. Program ini dirangka bertujuan untuk  membantu pelajar mengaktifkan segenap unsur di dalam diri dan seterusnya menjadi individu yang berjaya di dunia dan akhirat.

4. Program ini akan menjadikan pelajar
  • mengenali diri dengan lebih baik
  • mengaktifkan kekuatan diri
  • mengetahui kelemahan diri dan menyelaraskannya
  • pelajar akan menjadi individu yang 'self motivated'
5. Program C2E ini telah membantu lebih daripada 200 orang pelajar berjaya. Mereka bukan sahaja berjaya dari segi keputusan peperiksaan malah berjaya di dalam aspek lain kehidupan.

Rgds
Liz

Thursday, March 25, 2010

Getting Serious About Boy-Girl Relationship in Islam

Salam to all.

1. Seperti yang saya janjikan kepada diri sendiri awal pagi semalam, saya telah meluangkan masa membaca artikel yang bertajuk seperti di atas. Allah! artikel tersebut agak berat menyebabkan saya menghabiskan hampir sepanjang hari membacanya.
2. Banyak intipati artikel tersebut yang perlu diketahui oleh ibubapa seperti saya. Artikel ini sepatutnya sudah dibaca oleh kita sewaktu kita masih belum menjadi ibubapa lagi.
3. Perkara yang cuba diperkatakan oleh artikel ini pada pendapat saya adalah
  • perhubungan antara lelaki dan wanita sebelum berkahwin memberi lebih banyak kesan yang negetif berbanding positif
  • perhubungan antara 2 jantina berbeza hanyalah akan membawa kepada ZINA.
  • selain daripada ZINA, implikasi perhubungan sebelum perkahwinan membawa kepada kesan yang buruk selepas berkahwin nanti. Implikasinya seperti penceraian, perhubungan dengan pihak ketiga, kecenderungan membunuh diri dan sebagainya.
4. Selepas membaca artikel ini saya cuba membuat draft awal tentang maklumat yang patut saya bekalkan kepada anak2 saya. Semoga dengan maklumat ini mereka memahami batas2 pergaulan dan lebih berhati2 di dalam perhubungan.

5. InsyaAllah apabila draft awal dapat saya siapkan, saya akan postkan dalam masa terdekat nanti.

Rgds
Liz

Wednesday, March 24, 2010

Sehari Sebuah Buku

Salam to all.

1. Dah lama rasanya saya tidak membaca secara serius kerana kesibukan yang melanda.
2. Namun, hari ni terjumpa beberapa buah buku yang rasanya berbaloi untuk dibaca.
3. Jadual pun dah semakin kurang sibuk. Saya mahu menghabiskan 2 jam hari ini dengan membaca.
4. Akan saya postkan intipati buku2 yang saya baca pada masa akan datang.

Rgds
Liz

Monday, March 1, 2010

Antara Hidup dan Mati

Salam.

1. Sabda Rasullulah s.a.w
'Bila meninggal dunia seorang manusia, putuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah yang diberikan selagi hidup, ilmu yang disebarkan dan menafaat, dan ketiganya doa dari anak yang mendoakannya'.
2. Membaca hadith ini menyebabkan hati saya terdetuk, apakah yang akan saya tinggalkan apabila meninggal nanti.
3. Ya! saya di dalam bidang menyebarkan ilmu. Harapnya ilmu yang saya tinggalkan memberi menafaat.
4. Ya! saya kadangkala bersedekah. Saya berdoa dapat bersedekah lebih banyak lagi.
5. Ya! saya punya anak2. Harapnya saya berjaya menyampaikan apa yang patut saya sampaikan kepada mereka. Sebagai insan yang kerdil ini, saya tahu sebagai ibu, saya boleh menjadi lebih baik lagi daripada ini.
6. Insaf mengenangkan kematian yang entah bila datangnya.
7. Doa saya agar saya sentiasa berada didalam lindunganNya.
Ameen.

Rgds
Liz

Thursday, February 18, 2010

I want to be better mother...

Salam.

1. Hari ini saya mahu mengawal emosi amarah saya terutama kepada anak2.
2. Hari ini saya mahu ucapkan 'I love you' kepada mereka.
3. Hari ini saya mahu senyum, peluk, bercakap dengan mereka dan mahu mereka tahu yang saya gembira bersama mereka.
4. Hari ini saya mahu mereka tahu bertapa pentingnya mereka dalam hidup saya.
5. Let's them remember today.

Rgds
Liz

Friday, February 12, 2010

PEMBUANGAN BAYI!

Salam to all.

Berita pembuangan bayi ini perlu ada penamatnya. Setiap lapisan masyarakat perlu tampil membantu. Bukan sekadar mengurut dada atau beristifar setiap kali berita disiarkan. Satu langkah proaktif daripada setiap individu diperlukan untuk menghentikan perkara ini daripada berulang kembali. Berita mengenai seorang bayi perempuan yang dihurung semut semalam (UM 11/02/10) amat menyedihkan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana bayipun. Tidak kira sama ada mereka anak tidak sah taraf atau sah tarafnya.

Ibubapa yang mempunyai anak-anak khususnya perlu meneliti berita ini dengan tindakan. Anak-anak anda tidak kira berapapun umurnya asalkan sudah baligh perlu diberi penerangan tentang seks. Ibubapa harus mempelajari bagaimana mengajar anak-anak mereka mengenai seks. Saya yakin ramai ibubapa diluar sana tidak mempunyai pengetahuan tentang pendidikan seks ini. Akibatnya ramai ibubapa yang merasakan pendidikan seks ini tidak diperlukan kerana ia akan datang secara semulajadi kepada anak-anak.

Thursday, February 4, 2010

CUTI DARIPADA KERJA SEBAGAI IBUBAPA!

Salam.

1. Kerjaya sebagai ibubapa ni tiada cuti sakit, cuti kecemasan dan juga cuti rehat. Nampaknya lebih mudah lagi kerja pejabat. Bila agak2 malas nak ke tempat kerja, boleh gi klinik dan amik MC.
2. Tapi bila jadi ibubapa, nak tak nak kena juga jaga anak. Nak tinggal kat mana anak kalau letih? Nak hantar ngan mak bapak jauh sangat. Lagipun tak macholah. Dulu masa nak kahwin mak dah pesan, anak kena jaga sendiri.
3. Bila kita sakit, kita masih kena jaga anak, mandikan, bagi makan, make sure dia orang buat h/work dan mcm2 lagi.
4. Bila kita tensionpun, kita masih kena jaga dia orang.
5. Tulah beratnya tanggungjawab jadi ibubapa. Pekerjaan yang tiada sudahnya. Kita hanya akan berhenti apabila kematian memisahkan kita.
6. Satu lagi cabaran menjadi ibubapa adalah apabila kita sendiri kurang pasti bagaimana cara terbaik untuk mendidik anak2.
7. Kita selama ni main cuba aje.
8. Mungkin pada ibubapa di luar sana, kita perlukan kursus untuk membantu kita.
9. Carilah kursus untuk membantu kita menjadi ibubapa yang berkemahiran dan berpengetahuan.
10. Kerana kerjaya kita yang tiada penghujung ni sudah tentulah memerlukan kita mempunyai ketahanan diri yang tinggi. Ingat! Anda tidak dibenarkan bercuti.

Rgds
Liz

Wednesday, February 3, 2010

Apakah yang anda mahukan di dalam kehidupan anda?

Salam.

1. Sewaktu saya ditanyakan dengan soalan ini, saya berhenti bergerak sebentar. Demi Allah! Saya tidak tahu apa yang saya mahukan.
2. Hidup saya cuma mengikut rutin sahaja. Pagi bangun tidur, mandi, bersiap untuk bekerja (ketika itu saya bekerja sepenuh masa), kerja, makan tengahari, kerja, balik kerja, masak, makan dan akhir sekali tidur.
3. Apa yang saya mahukan? Ntah!
4. Salah ke saya tidak tahu apa yang saya mahukan?
5. Normal ke orang macam saya?
6. Adakah semua orang selain saya memang merancang kehidupan mereka dan tahu apa yang mereka mahukan?
7. Berat rasanya memikirkan perkara ini. Namun, apabila saya berfikir2, saya semakin tahu apa yang saya mahukan.
8. Prosesnya bagaimanapun memerlukan banyak berfikir, meneliti, melihat sekeliling, melihat masa lampau dan sebagainya.
9. Barulah saya nampak jelas apa yang saya mahukan.
10. Saya mahukan diri saya dekat kepada Allah.
11. saya mahu menjadi isteri dan ibu yang diberkati.
12. Saya mahu mendapat kestabilan kewangan. Hidup tanpa hutang dan banyak simpanan. Serta banyak boleh bersedekah.
13. Saya mahu menyebarkan ilmu yang boleh membantu dunia untuk menjadi tempat yang lebih baik untuk diduduki.
14. Saya mahu hidup saya penuh dengan keberkatan.
15. Saya mahu meninggalkan dunia ini tanpa menyesali apa2.
16. Itulah antara serba sedikit perkara yang saya mahukan.

Rgds
Liz

Saturday, January 30, 2010

Sehari seringgit....

Salam.

1. Hari ni dah 30 Januari 2010.
2. Adakah anda dah mula menyimpan?
3. Tahukah anda jika anda menyimpan RM1 sehari dan menyimpannya di dalam ASB, sepuluh tahun daripada sekarang anda akan mempunyai lebih kurang RM6,0000.
4. Banyak tu. Jika 10 tahun lagi anak anda nak masuk ke universiti atau kolej, anda ada wang pendahuluan untuk mereka.
5. Jika anda ingin mengerjakan umrah, anda boleh pergi 10 tahun dari sekarang.
6. Saya tahu ramai rakyat Malaysia yang tidak menyimpan. Ingatlah, tiada siapa yang boleh membantu anda kecuali diri anda sendiri.
7. Mempunyai simpanan akan menstabilkan lagi kehidupan anda.
8. Anda boleh melakukannya.

Rgds
Liz

Perasan Tak?

Salam.

1. Anda perasan tak? Bila telefon habis credit atau talian disekat, kita rasa ada ramai orang kita nak telefon. Mulalah rasa menyesal tak telefon mereka masa kita ada kredit atau talian masih boleh digunakan.
2. Samalah keadaannya bila talian internet disekat atau mengalami masalah. Pada ketika itu ada aje perkara yang kita nak buat dengan internet.
3. Bila orang minta izin kita meminjam barang kita, pada ketika itulah kita rasa nak menggunakannya.
4. Masa anak kita dah tidur atau dah pergi sekolah, pada ketika itu kita rasa kita nak buat sesuatu dengan mereka.
5. Perasan tak bila semua benda ni kita dapat balik, kita tak gunakanpun seperti mana masa benda2 ni tak ada.
6. Tulah yang orang putih kata 'we take things for granted'.
7. Masa ada kita tak hargai, masa tak ada kita terkenang2.
8. Macam mak dan ayah kita. Masa mereka ada kita tak banyak fikir mengenai mereka, bila dah tak ada macam2 benda kita nak buat. Tapi ketika itu apalah yang boleh dilakukan kecuali doa.
9. Macam kita yang ada anak2 kecik yang masih tinggal dengan kita sekarang. Kadang2 perasan tak, kita asyik nak marah aje. Cuba bayangkan esok atau lusa mereka dijemput Allah, masa tulah barulah kita menyesal marah2 mereka. Pada masa tu nasi dah jadi bubur. Menangis ajalah.
10. Tapi tak pa memandangkan ayah, emak dan anak2 kita masih ada, apa kata kita kita duduk diam2 dan fikir apakah yang boleh kita lakukan untuk menyeronokkan mereka.
11. Perkara seronok tak semestinya mengeluarkan belanja yang mahal. Senyum pada anak dan peluk mereka. Balik jumpa mak dan ayah dan beritahulah mereka yang kita menyanyangi mereka.
12. Jangan lupa suami atau isteri kita. Mereka masih ada. Ramai orang diluar sana yang kehilangan orang tersayang setiap hari. Kita mungkin mengalami nasib yang sama. Sementara mereka ada, hargailah mereka.
13. Kita boleh menghargai semua perkara di sekeliling kita, jika kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan.
14. Dalam masa yang sama, kita juga menyedari apa yang ada di sekeliling kita tidak kekal.
15. Kita boleh lakukannya.

Rgds,
Liz

Friday, January 15, 2010

MERANCANG KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK

Salam.



1. Tahun ini beratus ribu pelajar akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

2. Dalam masa yang sama berganda jumlahnya ibubapa yang berdebar2 sama dengan kedatangan peperiksaan ini. Maklumlah pencapaian peperiksaan ini akan tercatat di atas kertas dan akan disimpan sehingga ke akhir hayat.

3. Bermatian2 pelajar untuk mendapat keputusan yang baik untuk merebut tempat ke universiti bagi yang mengambil STPM dan SPM. Bagi yang mengambil PMR dan UPSR pula mahu keputusan yang baik agar dapat merebut tempat ke sekolah yang baik.

4. Makanya tempat tuition jadi tumpuan kepada yang mampu. Namun ada juga keluarga yang kurang mampu sanggup mengikat perut untuk menghantar anak ke tuition. Ini adalah untuk masa depan anak.

5. Di dalam keghairahan mendapat keputusan peperiksaan yang baik, ramai yang terlupa mengenai sesuatu yang lebih penting daripada keputusan peperiksaan.

6. Adakah keputusan semua 'A' yang diperolehi mengambarkan keseimbangan jasmani, emosi dan rohani anak2?

7. Adakah anak2 anda sihat dari segi jasmaninya?

8. Bagaimana emosi anak2 anda?

9. Apa pula statusnya rohani/spiritual anak2?

10. Mereka seimbang? Mereka ada jati diri? Sejauh mana kefahaman mereka mengenai agama? Adakah mereka bersedia hidup di luar linkungan keluarga?

11. Saya sendiri memerlukan masa untuk menganalisa persoalan2 yang saya tanyakan ini?

12. Namun, jika diberi pilihan.... Saya memilih anak2 saya menjadi orang yang stabil dari segi rohani, emosi dan jasmani. Akademik adalah pilihan kedua.

Rgds,
LIZ

Thursday, January 14, 2010

PEMBULI

Salam.

1. Anak saya memasuki sekolah baru pada minggu lepas. Beliau memasuki Tingkatan 1. Masih saya teringat debaran saya apabila melangkah ke sekolah baru beberapa puluh tahun yang lalu (25 tahun lalu sebenarnya).

2. Saya fikir debaran beliau adalah debaran yang sama. Namun, satu hakikat perubahan yang terpaksa saya akui, saya tidak pernah dibuli.

3. Beliau menghadapi satu cabaran yang saya tahu peritnya tetapi tidak berpengalaman melaluinya. Saya lantas membaca bahan2 bacaan mengenai pembulian ini.

4. Di negara barat, kejadian buli memang biasa berlaku. Di negara kita mungkin masih terkawal tetapi jangan terperanjat jika jumlahnya sentiasa meningkat.

5. Daripada bahan bacaan ini, saya dapat menyimpulkan beberapa perkara mengenai pembuli.

6. PEMBULI
  • kebanyakan pembuli sebenarnya merasa rendah diri. Mereka membuli untuk menutup rasa rendah diri.
  • pembuli datang daripada latarbelakang keluarga yang kurang kasih sayang.
  • pembuli merasa seronok melihat orang tertekan
  • kadangkala pembuli mempunyai sakit2 tertentu seperti sakit jiwa dan sebagainya.
  • ramai pembuli membuli kerana tidak mempunyai hala tuju hidup. Mereka membuli kerana tidak mempunyai kemahiran melakukan perkara berfaedah lain.

7. Namun, apapun saya perlu melakukan sesuatu untuk melindungi anak saya.

8. Seperti menarik rambut di tepung, tepung tak tumpah, rambut tak putus.

Rgds,

Liz

KEMAHIRAN IBUBAPA TIDAK DATANG BERSAMA KELAHIRAN ANAK

Salam.

1. Ramai ibubapa merasakan kemahiran keibubapaan datang secara semulajadi dengan kelahiran anak2.

2. Ini adalah satu dogengan yang dipercayai turun temurun. Jika ibubapa kita boleh melakukan, mengapa tidak kita? Itulah kenyataan yang biasa diperkatakan.

3. Namun, hakikatnya kemahiran dan pengetahuan ibubapa perlu dipelajari oleh individu yang akan berkahwin, sedang menunggu kelahiran cahayamata ataupun yang telah mempunyai anak2.

4. Kemahiran yang perlu dipelajari termasuklah kemahiran komunikasi, kemahiran mengenalpasti potensi setiap anak, kemahiran mendidik anak2 dan sebagainya.

5. Kemahiran ini tidak datang datang dengan sendirinya, ianya perlu dipelajari dan adalah penting untuk hala tuju sesebuah keluarga.

6. Jika anda adalah ibubapa dan berhasrat untuk menjadi ibubapa terlatih dan berpengetahuan, hadirlah ke program2 keibubapaan.

7. Dengan latihan yang anda terima, percayalah yang anda akan menjadi ibubapa yang lebih baik dan anak2 anda akan menjadi individu yang berjaya di dunia dan akhirat.

Rgds,
LIZ

Tuesday, January 5, 2010

TAHUKAH ANDA?

Salam to all.


1. Tahun 2010.


2. Umur anda dan saya telah berkurang lagi setahun. Pengalaman kita bertambah dan sudah tentunya pengajaran yang kita perolehi lebih meluas.


3. Bagaimanakah pengalaman dan pengajaran yang kita perolehi boleh menjadikan kita ibubapa yang lebih baik?


4. Tahukah anda bagaimana untuk menangani isu anak2 apabila mereka enggan berkompromi di antara adik beradik?


5. Tahukah anda cara terbaik membentuk anak2 supaya bercakap benar setiap masa?


6. Tahukah anda bagaimana mengajar anak2 supaya menghormati hak adik-beradiknya yang lain?


7. Tahukah anda pendekatan yang sesuai untuk menjadikan anak2 bertanggungjawab?


8. Untuk pengetahuan anda, kadangkala pengalaman dan pengajaran yang kita perolehi tidak dapat membantu kita menangani isu yang saya sebutkan di atas.

9. Kita perlukan kumpulan sokongan, nasihat, tips dan pengalaman orang yang telah berjaya di dalam mendidik anak2 mereka.

10. Bagaimanapun, dimanakah mahu mendapatkan sokongan, nasihat, tips dan pengalaman ini?
Kita kekurangan majlis2 begini.

11. Mungkin kita perlu memulakannya.

Rgds
Liz