Monday, January 26, 2009

C2E (Commitment to Excellence Program)

1. Di dalam pengalaman saya membuat kelas bantuan untuk pelajar yang kurang cemerlang, saya mendapati ada dua trait yang agak sama di antara mereka.
2.Trait pertama mereka kurang membaca sebarang bahan bacaan. Bahan bacaan yang dimaksudkan ini adalah sama ada bahan bacaan akademik dan juga bahan bacaan lain.
3. Trait kedua adalah, kebanyakkan atau hampir kesemua daripada mereka tidak mengetahui dengan terperinci apakah yang mereka mahukan di dalam hidup mereka.
4. Oleh itu saya telah merangka satu program yang mana mereka akan membuat beberapa aktiviti berkaitan.
5. Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah membantu pelajar mengenalpasti apakah perancangan masa hadapan mereka. Dengan mengetahui perancangan hidup, pelajar ini didapati lebih fokus kepada akademik dan dalam masa yang sama membuka minda mereka untuk berubah.
6. Aktiviti kedua yang saya lakukan adalah memberi mereka sebuah buku untuk dibaca dan selepas bebeerapa minggu kami akan membincangkan bahan bacaan tersebut.
7. Aktiviti ini di dapati membantu pelajar berfikir secara lebih luas dan membuka ruang mereka melihat dunia daripada perspektif berbeza.
8. Program ini dilakukan secara berterusan selama 6 bulan. Dapatan mendapati kebanyakkan pelajar mendapat keputusan yang lebih meningkat.
9. Saya berpendapat pengajaran di dalam kelas perlu ditambah dengan aktiviti yang lebih menyeluruh, supaya pelajar lebih menikmati pembelajaran akademik.
10. Mengubah pelajar adalah sesuatu yang amat mudah.

1 comment:

aishah said...

salam, pada pendapat saya, program ini sangat berguna dan penting terutama kepada pelajar yang mempunyai masalah untuk menaikkan semula motivasi dirinya..pengalaman saya mengikuti seminar motivasi di UM, 25 Julai, saya rasakan ia amat berkesan kerana saya sendiri terasa aura puan untuk menaikkan motivasi kami semua. Ia adalah amat berguna lebih-lebih kepada saya di saat saya perlukan sokongan dan motovasi dari luar. saya juga dapati blog puan ini dapat memberi banyak input termasuk kpada ibu bapa dan pelajar. saya akui kurang membaca menjadi salah satu faktof kegagalan dalam pelajaran. tq atas kesudian puan untuk berkongsi dengan kami.