Saturday, January 30, 2010

Sehari seringgit....

Salam.

1. Hari ni dah 30 Januari 2010.
2. Adakah anda dah mula menyimpan?
3. Tahukah anda jika anda menyimpan RM1 sehari dan menyimpannya di dalam ASB, sepuluh tahun daripada sekarang anda akan mempunyai lebih kurang RM6,0000.
4. Banyak tu. Jika 10 tahun lagi anak anda nak masuk ke universiti atau kolej, anda ada wang pendahuluan untuk mereka.
5. Jika anda ingin mengerjakan umrah, anda boleh pergi 10 tahun dari sekarang.
6. Saya tahu ramai rakyat Malaysia yang tidak menyimpan. Ingatlah, tiada siapa yang boleh membantu anda kecuali diri anda sendiri.
7. Mempunyai simpanan akan menstabilkan lagi kehidupan anda.
8. Anda boleh melakukannya.

Rgds
Liz

Perasan Tak?

Salam.

1. Anda perasan tak? Bila telefon habis credit atau talian disekat, kita rasa ada ramai orang kita nak telefon. Mulalah rasa menyesal tak telefon mereka masa kita ada kredit atau talian masih boleh digunakan.
2. Samalah keadaannya bila talian internet disekat atau mengalami masalah. Pada ketika itu ada aje perkara yang kita nak buat dengan internet.
3. Bila orang minta izin kita meminjam barang kita, pada ketika itulah kita rasa nak menggunakannya.
4. Masa anak kita dah tidur atau dah pergi sekolah, pada ketika itu kita rasa kita nak buat sesuatu dengan mereka.
5. Perasan tak bila semua benda ni kita dapat balik, kita tak gunakanpun seperti mana masa benda2 ni tak ada.
6. Tulah yang orang putih kata 'we take things for granted'.
7. Masa ada kita tak hargai, masa tak ada kita terkenang2.
8. Macam mak dan ayah kita. Masa mereka ada kita tak banyak fikir mengenai mereka, bila dah tak ada macam2 benda kita nak buat. Tapi ketika itu apalah yang boleh dilakukan kecuali doa.
9. Macam kita yang ada anak2 kecik yang masih tinggal dengan kita sekarang. Kadang2 perasan tak, kita asyik nak marah aje. Cuba bayangkan esok atau lusa mereka dijemput Allah, masa tulah barulah kita menyesal marah2 mereka. Pada masa tu nasi dah jadi bubur. Menangis ajalah.
10. Tapi tak pa memandangkan ayah, emak dan anak2 kita masih ada, apa kata kita kita duduk diam2 dan fikir apakah yang boleh kita lakukan untuk menyeronokkan mereka.
11. Perkara seronok tak semestinya mengeluarkan belanja yang mahal. Senyum pada anak dan peluk mereka. Balik jumpa mak dan ayah dan beritahulah mereka yang kita menyanyangi mereka.
12. Jangan lupa suami atau isteri kita. Mereka masih ada. Ramai orang diluar sana yang kehilangan orang tersayang setiap hari. Kita mungkin mengalami nasib yang sama. Sementara mereka ada, hargailah mereka.
13. Kita boleh menghargai semua perkara di sekeliling kita, jika kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan.
14. Dalam masa yang sama, kita juga menyedari apa yang ada di sekeliling kita tidak kekal.
15. Kita boleh lakukannya.

Rgds,
Liz

Friday, January 15, 2010

MERANCANG KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK

Salam.



1. Tahun ini beratus ribu pelajar akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

2. Dalam masa yang sama berganda jumlahnya ibubapa yang berdebar2 sama dengan kedatangan peperiksaan ini. Maklumlah pencapaian peperiksaan ini akan tercatat di atas kertas dan akan disimpan sehingga ke akhir hayat.

3. Bermatian2 pelajar untuk mendapat keputusan yang baik untuk merebut tempat ke universiti bagi yang mengambil STPM dan SPM. Bagi yang mengambil PMR dan UPSR pula mahu keputusan yang baik agar dapat merebut tempat ke sekolah yang baik.

4. Makanya tempat tuition jadi tumpuan kepada yang mampu. Namun ada juga keluarga yang kurang mampu sanggup mengikat perut untuk menghantar anak ke tuition. Ini adalah untuk masa depan anak.

5. Di dalam keghairahan mendapat keputusan peperiksaan yang baik, ramai yang terlupa mengenai sesuatu yang lebih penting daripada keputusan peperiksaan.

6. Adakah keputusan semua 'A' yang diperolehi mengambarkan keseimbangan jasmani, emosi dan rohani anak2?

7. Adakah anak2 anda sihat dari segi jasmaninya?

8. Bagaimana emosi anak2 anda?

9. Apa pula statusnya rohani/spiritual anak2?

10. Mereka seimbang? Mereka ada jati diri? Sejauh mana kefahaman mereka mengenai agama? Adakah mereka bersedia hidup di luar linkungan keluarga?

11. Saya sendiri memerlukan masa untuk menganalisa persoalan2 yang saya tanyakan ini?

12. Namun, jika diberi pilihan.... Saya memilih anak2 saya menjadi orang yang stabil dari segi rohani, emosi dan jasmani. Akademik adalah pilihan kedua.

Rgds,
LIZ

Thursday, January 14, 2010

PEMBULI

Salam.

1. Anak saya memasuki sekolah baru pada minggu lepas. Beliau memasuki Tingkatan 1. Masih saya teringat debaran saya apabila melangkah ke sekolah baru beberapa puluh tahun yang lalu (25 tahun lalu sebenarnya).

2. Saya fikir debaran beliau adalah debaran yang sama. Namun, satu hakikat perubahan yang terpaksa saya akui, saya tidak pernah dibuli.

3. Beliau menghadapi satu cabaran yang saya tahu peritnya tetapi tidak berpengalaman melaluinya. Saya lantas membaca bahan2 bacaan mengenai pembulian ini.

4. Di negara barat, kejadian buli memang biasa berlaku. Di negara kita mungkin masih terkawal tetapi jangan terperanjat jika jumlahnya sentiasa meningkat.

5. Daripada bahan bacaan ini, saya dapat menyimpulkan beberapa perkara mengenai pembuli.

6. PEMBULI
  • kebanyakan pembuli sebenarnya merasa rendah diri. Mereka membuli untuk menutup rasa rendah diri.
  • pembuli datang daripada latarbelakang keluarga yang kurang kasih sayang.
  • pembuli merasa seronok melihat orang tertekan
  • kadangkala pembuli mempunyai sakit2 tertentu seperti sakit jiwa dan sebagainya.
  • ramai pembuli membuli kerana tidak mempunyai hala tuju hidup. Mereka membuli kerana tidak mempunyai kemahiran melakukan perkara berfaedah lain.

7. Namun, apapun saya perlu melakukan sesuatu untuk melindungi anak saya.

8. Seperti menarik rambut di tepung, tepung tak tumpah, rambut tak putus.

Rgds,

Liz

KEMAHIRAN IBUBAPA TIDAK DATANG BERSAMA KELAHIRAN ANAK

Salam.

1. Ramai ibubapa merasakan kemahiran keibubapaan datang secara semulajadi dengan kelahiran anak2.

2. Ini adalah satu dogengan yang dipercayai turun temurun. Jika ibubapa kita boleh melakukan, mengapa tidak kita? Itulah kenyataan yang biasa diperkatakan.

3. Namun, hakikatnya kemahiran dan pengetahuan ibubapa perlu dipelajari oleh individu yang akan berkahwin, sedang menunggu kelahiran cahayamata ataupun yang telah mempunyai anak2.

4. Kemahiran yang perlu dipelajari termasuklah kemahiran komunikasi, kemahiran mengenalpasti potensi setiap anak, kemahiran mendidik anak2 dan sebagainya.

5. Kemahiran ini tidak datang datang dengan sendirinya, ianya perlu dipelajari dan adalah penting untuk hala tuju sesebuah keluarga.

6. Jika anda adalah ibubapa dan berhasrat untuk menjadi ibubapa terlatih dan berpengetahuan, hadirlah ke program2 keibubapaan.

7. Dengan latihan yang anda terima, percayalah yang anda akan menjadi ibubapa yang lebih baik dan anak2 anda akan menjadi individu yang berjaya di dunia dan akhirat.

Rgds,
LIZ

Tuesday, January 5, 2010

TAHUKAH ANDA?

Salam to all.


1. Tahun 2010.


2. Umur anda dan saya telah berkurang lagi setahun. Pengalaman kita bertambah dan sudah tentunya pengajaran yang kita perolehi lebih meluas.


3. Bagaimanakah pengalaman dan pengajaran yang kita perolehi boleh menjadikan kita ibubapa yang lebih baik?


4. Tahukah anda bagaimana untuk menangani isu anak2 apabila mereka enggan berkompromi di antara adik beradik?


5. Tahukah anda cara terbaik membentuk anak2 supaya bercakap benar setiap masa?


6. Tahukah anda bagaimana mengajar anak2 supaya menghormati hak adik-beradiknya yang lain?


7. Tahukah anda pendekatan yang sesuai untuk menjadikan anak2 bertanggungjawab?


8. Untuk pengetahuan anda, kadangkala pengalaman dan pengajaran yang kita perolehi tidak dapat membantu kita menangani isu yang saya sebutkan di atas.

9. Kita perlukan kumpulan sokongan, nasihat, tips dan pengalaman orang yang telah berjaya di dalam mendidik anak2 mereka.

10. Bagaimanapun, dimanakah mahu mendapatkan sokongan, nasihat, tips dan pengalaman ini?
Kita kekurangan majlis2 begini.

11. Mungkin kita perlu memulakannya.

Rgds
Liz